Pemilik Switch 2 masih menunggu app YouTube rasmi, jadi seperti biasa, pemain mula buat benda yang gamers memang selalu buat: cari workaround pelik.
Menurut Android Authority, pengguna sudah jumpa cara untuk akses video YouTube di Switch 2 melalui game percuma Super Animal Royale. Trick ini dikongsi di Reddit oleh pengguna JampyL, yang perasan bahagian news dalam game itu ada video YouTube embedded.
Bila salah satu video itu dibuka dalam browser console, pemain nampaknya boleh search dan tonton video YouTube lain dari situ. Jadi ya, secara teknikalnya, YouTube sekarang memang boleh jalan di Switch 2.
Tapi sebelum bro mula plan sesi YouTube atas sofa, ada beberapa catch yang agak pedih.
Workaround ini jalan, tapi hanya pada 360p
Masalah paling besar ialah kualiti video. Workaround browser ini hanya support playback sampai 360p, memang kasar untuk tahun 2026 — lagi-lagi pada console dengan paparan Full HD dan sokongan HDR.
Untuk pemain Malaysia dan SEA, ini jenis benda yang nampak berguna sampai kau betul-betul cuba tengok game guide 20 minit, esports VOD, trailer anime, atau tech review. Atas skrin kecil, mungkin boleh tahan. Atas TV atau monitor? 360p memang akan nampak soft, blur, dan jujurnya agak sedih.
Kaedah ini juga tidak ada login akaun YouTube. Maksudnya tiada subscriptions feed, tiada playlists, tiada watch history, dan tiada personalised recommendations. Kalau nak tonton sesuatu, kau kena search manual setiap kali.
Jadi kalau rutin YouTube biasa kau ialah lompat antara guide Mobile Legends, highlight VCT, trailer Nintendo, klip VTuber, dan opening anime, workaround ini lebih sesuai sebagai backup kecemasan daripada setup entertainment yang proper.
Kenapa masih tiada app YouTube rasmi?
Bahagian peliknya, Nintendo Switch original memang ada app YouTube. Malah sekarang, pengguna Switch 2 dilaporkan masih boleh download app lama itu pada console baharu — cuma app itu tidak boleh dibuka.
Google sudah pun mengesahkan bahawa app YouTube untuk Switch 2 sedang dibangunkan, tetapi Android Authority menyatakan tiada perkembangan besar selama lebih setahun. Delay inilah yang buat workaround ini rasa kurang macam trick fun, dan lebih macam pemain sudah penat menunggu.
Untuk pengguna SEA, app YouTube rasmi sebenarnya memang penting. Switch bukan sekadar peranti gaming untuk banyak rumah di sini. Ia selalu jadi console ruang tamu, console travel, console “bawa pergi rumah sepupu”, dan kadang-kadang juga device hiburan untuk budak-budak. Sokongan YouTube memang masuk akal untuk trailer, walkthrough, replay esports, content creator, dan tontonan santai bila console sudah docked.
Patut guna atau tidak?
Kalau kau memang terdesak nak tengok video cepat di Switch 2, kaedah Super Animal Royale ini nampaknya boleh buat kerja. Ia percuma, tidak perlukan benda terlalu complicated, dan beri pemain akses kepada YouTube melalui browser console.
Tapi sebagai pengalaman YouTube sebenar? Belum cukup. Limit 360p dan tiada sign-in buat ia terlalu clunky untuk kegunaan harian. Ini solusi komuniti yang clever, tapi bukan pengganti app proper.
Harapnya Google dan Nintendo settle benda ini cepat, sebab tengok YouTube pada 360p atas hardware moden ini macam guna gaming PC untuk main Minesweeper saja. Boleh jalan, memang — tapi come on lah.
Source: Android Authority