Apple sedang bersiap untuk perubahan kepimpinan besar, dan yang ini memang besar. Tim Cook akan berundur sebagai CEO Apple hujung tahun ini, dengan John Ternus secara rasmi mengambil alih jawatan tertinggi itu pada 1 September 2026.
Ternus kini ialah Senior Vice President of Hardware Engineering di Apple, jadi ini bukan sekadar rombakan korporat random. Dia sudah lama berada jauh di dalam mesin produk Apple, dan kenaikan pangkatnya cukup jelas menunjukkan ke mana Apple mahu terus fokus: hardware, polish, kawalan ekosistem, dan mungkin lebih banyak magic custom silicon.
Cook pula bukan terus hilang daripada Apple. Dia akan kekal sebagai CEO sepanjang musim panas untuk membantu menguruskan proses serah tugas, kemudian berpindah ke peranan Executive Chairman dalam lembaga pengarah Apple. Dalam posisi itu, dia masih akan terlibat dalam beberapa bahagian terpilih perniagaan, termasuk hubungan Apple dengan pembuat dasar di seluruh dunia.
Untuk pengguna Apple di Malaysia dan SEA, benda ini penting sebab Apple bukan lagi sekadar jenama telefon di sini. iPhone ialah tool creator, MacBook ialah mesin kerja, AirPods ialah daily carry, Apple Watch ialah fitness flex, dan seluruh ekosistem itu sudah jadi sebahagian daripada cara pelajar, freelancer, pasukan esports, content creator, dan office warrior bergerak. Perubahan CEO di Apple boleh membentuk device apa yang kita dapat, berapa mahal harganya, dan seagresif mana Apple menolak kategori baharu di rantau kita.
Era Cook di Apple memang massive. Dia menyertai syarikat itu pada 1998 dan menjadi CEO pada 2011, mengambil alih selepas Steve Jobs. Sepanjang memimpin Apple, syarikat itu melancarkan produk dan servis besar termasuk Apple Watch, AirPods, Vision Pro, dan iCloud.
Angkanya pun gila. Di bawah Cook, market cap Apple berkembang daripada sekitar US$350 bilion kepada US$4 trilion. Pendapatan tahunan meningkat daripada US$108 bilion pada tahun fiskal 2011 kepada US$416 bilion pada tahun fiskal 2025. Apple Services juga menjadi bisnes bernilai lebih US$100 bilion, sementara syarikat itu berkembang ke lebih 200 negara dan wilayah serta kini mengendalikan lebih 500 kedai runcit di seluruh dunia.
Salah satu legasi terbesar Cook ialah peralihan Apple kepada silicon sendiri. Untuk pengguna Mac khususnya, itu memang changed the game. Peralihan daripada Intel kepada cip rekaan Apple menjadikan MacBook lebih laju, lebih sejuk, dan lebih jimat bateri — jenis upgrade yang pelajar dan pekerja mobile di Malaysia memang rasa setiap hari bila lepak buat kerja di kafe atau rushing assignment pukul 2 pagi.
Sekarang spotlight beralih kepada John Ternus. Dia menyertai pasukan product design Apple pada 2001, menjadi Vice President of Hardware Engineering pada 2013, dan masuk ke pasukan eksekutif Apple sebagai SVP of Hardware Engineering pada 2021. Apple berkata dia memainkan peranan penting dalam pengenalan barisan produk seperti iPad dan AirPods, serta beberapa generasi iPhone, Mac, dan Apple Watch.
Latar belakang itu penting. Ternus ialah orang hardware, dan era Apple seterusnya kemungkinan besar akan dinilai pada sama ada device mereka masih terasa berbaloi dengan harga premium. Di Malaysia, di mana harga Apple boleh sampai tahap “bro, sewa rumah aku pun lagi murah”, syarikat itu perlu buktikan setiap upgrade lebih daripada sekadar warna lebih cantik dan skrin sedikit lebih cerah.
Cook memuji Ternus sebagai pemimpin dengan naluri engineering dan karakter yang kuat, sambil berkata dia percaya Ternus ialah orang yang tepat untuk membawa Apple ke depan. Apple juga mengumumkan bahawa Arthur Levinson, yang telah menjadi non-executive chairman selama 15 tahun, akan menjadi lead independent director pada 1 September 2026.
Ada satu lagi pergerakan di bahagian hardware juga: Johny Srouji, sebelum ini Senior Vice President of Hardware Technologies Apple, menjadi Chief Hardware Officer berkuat kuasa serta-merta. Dia akan mengetuai Hardware Engineering, bahagian yang sebelum ini dipantau oleh Ternus.
Jadi ya, ini cerita kepimpinan — tapi ini juga cerita produk. CEO Apple seterusnya datang dari bahagian hardware, dan itu boleh membentuk gelombang iPhone, Mac, wearable, dan apa sahaja yang datang selepas Vision Pro nanti.
Untuk peminat SEA, soalan dia simple: adakah bab seterusnya Apple akan membawa inovasi yang lebih bermakna, atau sekadar upgrade yang makin mahal? Kita akan tahu bila Ternus sudah pegang kunci.
Sumber: GSMArena