OUR STREAMERS

MSC2022 Grand Finals: RRQ HOSHI JUARA MCS2022 'ROBEK' EGO RRQ HOSHI!

Posted by Nadzreen on June 19, 2022

Luarbiasa! Itu yang boleh dikatakan pada perlawanan terakhir pertembungan dua pasukan yang mengidamkan kejuaraan MSC2022.

Ternyata pasukan RSG PH membuat kejutan demi kejutan dengan menumpaskan 'Raja Segala Raja' RRQ HOSHI dengan mudah 4-0 pada perlawanan akhir MSC2022.

Satu perlawanan yang sengit dipamerkan kedua pasukan namun dengan displin yang tinggi dan sukar diramal apa yang mereka ingin lakukan membuatkan pasukan RRQ hilang arah.

MVP perlawanan diberikan kepada EMANN 'Gold Lanner' kerana corak permainannya yang luar biasa.

Pemain RRQ HOSHI Light juga membuktikan dia sorang pemain yang perlu diawasi namun kesilapan mereka tidak mengawal pemain itu memberikan sang juara kelebihan.

Apa yang boleh dirumuskan dari perlawanan akhir ini, pasukan RRQ HOSHI bermain sangat baik namun pertahanan RSG PH sukar ditembusi meskipun mereka hampir menjatuhkan kristal tower.

Dua perlawanan pertama RRQ HOSHI mampu memperoleh kemenagan namun perkara itu disiakan dengan sedikit kesilapan dari mereka memberi peluang kepada RSG PH untuk bangkit.

Dua perlawanan akhir ternyata, RSG PH pula melakukan serangan tidak henti sehingga mereka mampu menamatkan perlawanan lebih awal.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)