OUR STREAMERS

MSC2022 Playoffs: Jodoh Todak Dan RRQ Hoshi Tak Lari Ke Mana!

Posted by Nadzreen on June 15, 2022

Perlawanan seteru dua negara antara Todak dan RRQ Hoshi bakal menjadi tumpuan kerana dendam antara mereka tidak pernah berhenti.

Pasukan RRQ Hoshi dikatakan pasukan penghalang buat Todak pada setiap kali kejohanan besar dianjurkan.

Dua kali pasukan Todak tewas dengan pasukan RRQ Hoshi dan jika meraih kemenangan sudah pasti satu berita gembira buat rakyat Malaysia.

Menurut pemain RRQ Hoshi, R7 berkata, jodoh mereka begitu kuat dengan pasukan tuan rumah dan pastinya menjadi tumpuan.

"Kami akan tunjukkan sesuatu pada perlawanan ini, dan pastinya ianya tidak akan dijangka," katanya.

Todak Moon pula berkata, mereka ingin menewaskan pasukan jiran kerana mereka pernah kalah dan menginginkan kemenangan.

"Memang jodoh todak RRQ Hoshi tak dapat dipisahkan. Pasti akan bertemu mereka dan kami memang nak menang," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)