OUR STREAMERS

MSC2022: "Kekerapan Dan Kesalahan Perubahan 'Role' Punca Todak Tewas", -Falcon-

Posted by Nadzreen on June 17, 2022

Bukan rezeki Todak untuk melangkah ke peringkat lower bracket suku akhir selepas tersingkir dari pertandingan dengan kekalahan 3-1 keatas Falcon.

Pujian harus diberikan kepada pemain Todak yang memberikan tentangan untuk membuat 'Comeback' pada perlawanan ketiga sebentar tadi.

Namun perjalanan mereka terhenti di sini, namun ianya bukan satu petanda mereka tidak akan bangkit semula.

Menurut Kenn Falcon, punca kekalahan Todak adalah mempunyai masalah dengan perubahan 'role' terlalu kerap membuatkan mereka hilang arah.

"Pengunaan dua tank kami Akai dan Franco memberikan kami ruang untuk menangkis serangan Todak" katanya.

Perlawanan Pertama

Memberikan hero Franco kepada pasukan Falcon bukan lah satu keputusan yang wajar ianya kerana penggunaan hero Franco pada temasya ini sangat luar biasa.

Jika ada hero Franco dipilih mana-mana pasukan mereka akan menang.

Perlawanan Kedua

Penggunaan Johnson dan Kadita memberikan kelebihan kepada dengan kombo dari kedua hero ini membuktikan mereka akan langgar hero lawan.

Dan terbukti mereka menggunakan kelebihan itu dengan sebaiknya mengakibatkan Todak tewas.

Perlawanan Ketiga

Perlawanan penentuan buat pasukan Falcon untuk mendapatkan kemenangan 3-0 dihalang Todak dengan kebangkitan mereka.

Perlawanan berlanjutan sehingga minit 30 dan Todak mendapatkan kemenangan yang sedikit sebanyak memberikan harapan kepada peminat tanah air.

Perlawanan Keempat.

Kebangkitan Todak disekat dengan corak permain displin pasukan Falcon tidak mampu memberi ruang kepada pasukan tanah air.

Jelas pasukan Falcon lebih bersedia untuk bermain selepas ini bertemu pasukan Orange Esport ataupun Smart Omega.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)