OUR STREAMERS

MSC2022 PLAYOFFS: Orange Esport Kecundang Di Tangan RSG PH!

Posted by Nadzreen on June 16, 2022

Kesilapan kecil boleh merubah segalanya. Itulah yang berlaku dalam perlawanan antara Orange Esports menentang RSG PH sebentar tadi.

Namun satu pujian harus diberikan kepada mereka kerana berjuang sehabis baik.

Game yang pertama tanpa pengunaan mm jelas pasukan Orange Ingin bermain agresif pada awal permainan. namun dengan pengalaman pemain RSG mereka menggunakan Akai dan Franco yang sering mengacam pihak lawan.


Jelas tanpa Marksman Orange sukar untuk mengembalikan keadaan dan mereka bertahan sehingga akhir perlawanan.

Pasukan RSG PH melakukan serangan demi serangan dengan tarikan hook Franco yang sentiasa mengena pihak lawan.

Pertahanan yang dilakukan oleh pasukan Orange juga sangat baik ketika RSG menyerang mereka. Valenz dengan pengunaan Helcurt berjaya memberi tekanan kepada pasukan RSG PH sebelum mereka mendapatkan kemenangan pertama.

Perlawanan kedua Orange Esports hampir mendapatkan kemenangan namun jelas pengalaman mengatasi corak permainan pasukan tanah air.

Gary mendapat hero kegemarannya namun kesilapan sedikit dilakukan mengundah padah. Valenz dengan pengunaan Maskov menyingkirkan lawan Dan minion dibahagian 'experience lane'.

Penguasaan di awal permainan gagal digunakan sebaik mungkin dan memberikan RSG PH ruang pada lewat permainan.

Pengunaan Ruby Light menarik pihak lawan dan memberikan pasukannya ruang untuk melakukan serangan.

Apa yang boleh dikatakan kesilapan sedikit boleh merubah segalanya.

Perlawanan ketiga, ternyata RSG PH mendominasi perlawanan dan mereka sukar untuk dikalahkan dengan penggunaan hero Chow yang mengacau pergerakkan Karina sukar untuk membalas serangan mereka.

Orange akan bermain di lower braket selepas ini dan meraka akan menentang Smart Omega.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)