OUR STREAMERS

MSC2022 Playoffs: Orange Esports Mara 'Upper Bracket' Separuh AKhir 'Tapau' RSG SG

Posted by Nadzreen on June 14, 2022

Kejutan dari pasukan tanah air Orange Esport mara ke peringkat seterusnya apabila menumpaskan RSG SG dengan 2-1.

Pasukan yang digelar underdog ini, mampu membuktikan mereka adalah pasukan yang luarbiasa yang seharusnya diberikan perhatian.

Pada perlawanan pertama mereka, Orange Esport memberikan tekanan pada pasukan RSG SG yang mendominasi perlawanan.

Mereka melakukan kesilapan kecil yang menghukum pasukan Orange Esport menerima kekalahan.

Pada perlawanan kedua mereka mula membaca permainan pihak lawan dan mendapatkan seri pada perlawanan kedua.

Pada perlawanan penentuan mereka menggunakan Diggie sebagai pengacau marksman pihak lawan yang ternyata menjadi.

Pihak lawan menyangkakan penggunaan Diggie itu untuk menghalang ulti dari Akai namun ternyata sangkaan mereka meleset.

Pasukan Orange mendapatkan kemenangan 2-1 dan melangkah ke peringkat seterusnya dan bakal bertemu pasukan RSG PH.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)