OUR STREAMERS

MSC2022 Playoffs: Pertembungan Upper Bracket RRQ HOSHI dan RSG PH berulang di Grand Finals.

Posted by Nadzreen on June 18, 2022

Sengit dan tidak mahu mengalah. Itulah yang terjadi pada perlawanan antara Smart Omega dan RSG PH bagi penentuan pasukan mana yang akan bertemu RRQ HOSHI di Grand Finals.

Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang agresif namun masih mengejar objektif mereka untuk meraih kemenangan.

Smart Omega membuat kejutan dengan mendapatkan kemenangan kembali pada perlawanan ketiga dan keempat.

Perlawanan penentuan membuktikan RSG PH selayakkannya mendapatkan tempat ke final kerana mereka menyerang pasukan Smart Omega dari awal sehingga tamat perlawanan.

Dengan penggunaan hero Chou dan Thamuz memberikan kelebihan pada damage mereka sehingga Smart Omega hanya mampu bertahan.

Dengan ini perlawanan grand finals akan menjadi lebih menarik kerana sudah pasti RSG PH mahu membalas dendam kepada RRQ HOSHI.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)