OUR STREAMERS

MSC2022 Playoffs: Smart Omega Tiada Masalah Singkirkan EVOS SG

Posted by Nadzreen on June 16, 2022

Ternyata EVOS SG bukan tandingan Smart Omega kerana dengan mudah mereka mendapatkan kemenangan 3-0 sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama, minit ke 2:30 Evos mendapatkan 'Kill' pertama dalam perlawanan namun pada minit ke 9.30 kedua-dua pihak melakukan satu 'team fight'.

Di minit 15:10 Evos mendapatkan dua kill dan Smart Omega mendapatkan satu kill dalam team fight.

Namun diakhir perlawanan di minit 16:10 Smart Omega mendapatkan empat kills ketika menyerang lord dan mendapatkan kemenangan.

Diperlawanan kedua juga, Omega mendapatkan turtle dan tiga kills sekali gus menjarakkan gold mereka.

Diminit 6:30 Kelra mendapatkan dua kill dan satu lagi dari rakan sepasukannya dan diminit ke 10:00 4 pemain EVOS dilenyapkan dari Land Of Dawn.

Diperlawanan penentuan Omega memang menginginkan kemenangan dan dengan kurang dari 20 minit mereka mendapatkan kemenangan mutlak untuk mereka.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram