OUR STREAMERS

MSC2022: RSG PH dan RRQ HOSHI pencabar utama pasukan Todak!

Posted by Nadzreen on June 1, 2022

"Pasukan RSG PH terkenal dengan meta baru mereka manakala pasukan dari RRQ HOSHI dendam kami belum terbalas," Itu luahan jurulatih pasukan Todak, Muhammad Hazim Firdaus Ismail berkenaan dua pasukan gergasi ini sentiasa akan memberikan persembahan terbaik mereka pada setiap pertandingan.

Berdasarkan perlawanan sebelum ini, ternyata pasukan RRQ HOSHI sangat kuat dan keserasian pemain mereka sukar digugat manakala pasukan RSG PH sering melakukan kejutan dalam penggunaan meta yang sukar diramal.

Menurutnya, kedua pasukan ini adalah pesaing utama dan untuk mendapatkan kemenangan kesilapan mudah perlu dielakkan.

"Kita tahu corak permainan mereka dan kita juga tahu bagaimana untuk 'counter'. Pemain perlu kekal fokus dengan apa yang dirancangkan.

"Apa yang berlaku sebelum ini, kita saja tahu dan ianya bukan alasan untuk kami," katanya.

Dia berkata, pasukan Todak akan membuktikan mengapa mereka layak bergelar juara MPLMYS9.

Seperti yang diketahui, tidak kira apa jua sukan yang dipertandingankan membabitkan pasukan Malaysia dan Indonesia pastinya menjadi tumpuan peminat.

Bahkan, ianya juga boleh menjadi serius apabila perdebatan dan perbalahan berlaku diantara peminat dari dua negara ini.

Pada perlawanan di Sukan Sea baru-baru ini, pertembungan diantara dua negara ini menjadi kecoh di media sosial di mana peminat berbalah sehingga mengeluarkan kata kesat dan tidak sepatutnya.

Jangan lepaskan peluang anda bersama eGG Network untuk perkembangan terkini MSC2022.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram