OUR STREAMERS

MSC2022: Tiket 'Kerusi Emas' Final MSC2022 Habis Dijual!

Posted by Nadzreen on May 31, 2022

Siapa yang bakal berada di pentas Final MSC2022 masih belum diketahui mahupun detik-detik hari perlawanan masih berbaki 11 hari namun tiket untuk kerusi hangat sudah habis terjual.

Itulah yang terjadi apabila pertandingan kompetitif membabitkan negara luar bersaing di Malaysia sudah pastinya peminat tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan pasukan mana bakal bergelar juara MSC2022.

Pemerhatian penulis mendapati, peminat MLBB gemarkan elemen kejutan kerana mereka bersedia untuk menyaksikan perlawanan akhir sebelum mengetahui pasukan mana yang akan beraksi.

Tarikh perlawanan akhir pada 19 Jun ini dan perlawanan bermula pada 11 jun dimana perlawanan peringkat kumpulan selama dua hari. Seterusnya, peringkat playoffs bermula pada 14 Jun dan pasukan juara disetiap kumpulan akan berada di braket atas manakala pasukan ditempat kedua akan ke lower braket.

Bagi mereka yang masih tidak belum mendapatkan tiket jangan risau kerana hanya kerusi emas saja yang habis dan kerusi perak masih lagi dijual.

Anda boleh menyaksikan secara langsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, Malaysia!

Tiket perlawanan playoffs boleh didapati di sini.

Jangan lupa untuk mengikuti eGG Network di setiap platform media yang ada. Banyak kejutan dan 'give away' untuk anda semua.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram