OUR STREAMERS

MSC2022: Todak 'Ikat' Falcon Dari 3 Mata!

Posted by Nadzreen on June 11, 2022

Perlawanan pembukaan tirai MSC2022 antara Todak menentang Falcon tidak berpihak kepada pasukan tanah air apabila berakhir dengan keputusan seri.

Pada perlawanan pertama pasukan Todak kecundang di tangan pasukan Falcon apabila pasukan lawan menghentikan perlawanan seketika dimana Todak sedang mengatur serangan.

Pasukan Falcon mengambil kesempatan itu dengan mengatur langkah mengakibatkan Todak hilang punca.

Pengunaan hero Clint dari Silent memecah belahkan pasukan Todak dengan dengan mendapatkan MVP untuk perlawanan pertama.

Perlawanan kedua, pasukan Todak meneruskan aksi luar biasa dengan bermain secara lebih agresif dan tidak memberikan ruang kepada pasukan lawan.

4Meyz dengan pengunaan Thamuz sangat keras untuk dilenyapkan dengan bantuan MVP Yums pengunaan Mathilda assist 2/1/13.

Perlawanan berkesudahan Todak dan Falcon seri dan berkongsi satu mata.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram