OUR STREAMERS

MSC2022: Undian Kumpulan Todak Di Kumpulan A; Orange Esports Di Kumpulan D

Posted by Nadzreen on May 27, 2022

Pastinya peminat Mobile Legends: Bang Bang tidak sabar untuk menantikan MSC2022 pada 11 Jun ini yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Undian untuk kesemua pasukan yang terbabit diadakan dan melalui undian itu pasukan Todak berada dalam kumpulan A bersama pasukan Falcon (Myanmar) dan Onic Esports (Indonesia). Seperti perlawanan ulangan Sukan Sea apabila dua pemain yang mewakili pasukan Indonesia bakal bertemu semula dengan Todak.

Manakala pasukan Orange Esport di kumpulan D bersama Juara dari Impunity (Kombodia) dan Evos SG (Singapura). Evos SG yang juga mewakili Singapura dalam mendapatkan pingat gangsa dijangkakan bakal memberi saingan sengit buat pasukan Orange Esport.

Kumpulan B pula, Juara dari Filipina, RSG PH akan bersama See You Soon (Kombodia) dan RSG SG (Singapura), dua kali berturut pertembungan dua pasukan RSG di MSC bakal berlangsung dalam kumpulan itu dan siapa bakal meneruskan perjalanan?

Di kumpulan C pula, Juara Indonesia RRQ Hoshi akan berentap IDoNotSleep Esport (Thailand) dan Smart Omega (Filipina).

Adakah anda sudah bersedia untuk menyaksikan pasukan kegemaran anda berentap bagi meraih gelaran Juara MSC2022.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram