OUR STREAMERS

MSC2022: Valenz Galas Tugas Berat di MSC2022

Posted by Nadzreen on June 8, 2022

Kemasukkan pemain pada minggu kelima pada MPLMYS9 jelas memberikan sinar baru buat pasukan Orange Esport sehingga berjaya ke pentas MSC2022.

Valenz pemain muda yang tidak banyak bercakap dan personalitinya yang pendiam di luar namun apabila dalam permainan jiwa seorang ketua itu kelihatan jelas dengan memberi arahan pada rakan sepasukan mereka.

Menurutnya, dia sangat teruja ketika menyertai pasukan Orange Esport dimana dia diberikan tugasan memberi arahan kepada pemain ketika perlawanan.

"Saya gembira kerana saya diberi kepercayaan untuk menjadi leader in game dan rakan sepasukan mendengar arahan dengan baik.

"Sangat teruja untuk MSC2022 dan kami bakal berentap dikumpulan D dan kami ingin layak ke playoffs," katanya.

Dia berkata keserasian bersama pemain lain tidak perlukan masa yang lama kerana pernah bersama sebelum ini.

"Seperti Minn dan Mann saya pernah bermain bersama mereka sebelum ini jadi tiada masalah untuk mendapatkan keserasian semula," katanya.

Menurutnya, pasukan dari Indonesia dan Filipina adalah pasukan yang sangat kuat dan bakal menjadi pesaing terkuat pada MSC2022.

"Setiap pasukan mempunyai peluang untuk mempamerkan aksi terbaik mereka dan kami akan membuktikan kami juga mampu," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)