OUR STREAMERS

MSC2022: Yums bakal galas 'Kapten' Todak musim hadapan.

Posted by Nadzreen on May 31, 2022

Belum lagi berusia 18 tahun, namun tanggungjawab yang perlu digalas oleh pemain Abd "Yums" Qayyum lebih besar apabila dimaklumkan untuk menjadi ketua di dalam game pada MSC2022.

Pada temasya Sukan Sea baru-baru ini tidak kelihatan kerana usianya belum mencapai 18 tahun untuk bersama pasukan Malaysia.

Yums berkata, dia tidak menyangkakan untuk menjadi ketua didalam permainan setelah diberi kepercayaan.

"Ianya satu tugasan yang berat dan saya akan membuktikan kemampuan saya.

"Mungkin mereka (orang luar) melihat saya masih belum matang untuk menjadi ketua namun itu semua sudah ditentukan oleh pihak pengurusan," katanya.

Menurutnya, dia dan pasukan akan membuktikan sesuatu pada MSC2022 buat peminat tanah air.

"Yang lepas kita tak perlu ingat dan perjuangan perlu diteruskan. Yang pasti akan ada kelaianan akan dipamerkan dari kami," katanya.

Menurut jurulatih Todak, Muhammad Hazim Firdaus Ismail berkata, tanggungjawab ini diberikan sebagai persediaan untuk dirinya yang bakal menjadi ketua pasukan buat pasukan Todak pada musim hadapan.

"Kita mahu lihat Yums lebih matang dalam menguruskan rakan-rakannya dan kami rasa dia sudah bersedia.

"Walaupun dia belum lagi berusia 18 tahun namun ini adalah satu pengalaman buat dirinya," katanya.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram