OUR STREAMERS

Nikke Goddess Of Victory: 'Modernia' adalah Marian Gadis Tersakiti! 

Posted by Nadzreen on December 29, 2022

Adakah anda peminat permainan video RPG mobile NIKKE? Gemarkan melihat karektor wanita yang cantik tetapi merbahaya?

Jika ya! Anda pastinya bakal teruja dengan kehadiran karektor baru yang bakal mengegarkan dan memberikan kelainan buat peminat.

NIKKE bercerita tentang manusia yang kehilangan tempat tinggalnya karena serangan pasukan alien yang tidak dikenal dan memaksa mereka hidup jauh di bawah tanah.

Puluhan tahun kemudian, sekelompok humanoid bersenjata bangkit di kapal raksasa, yang menjadi rumah baru bagi umat manusia.

Game dari Shift Up dan terbitan dari Level Infinite memberikan kelainan kepada peminat kerana senang dimainkan.

Setiap watak mempunyai jenis senjata yang unik termasuk shotgun, rifle, sniper, rocket launcher dan banyak lagi. Penggunaan strategik ke atas jenis-jenis senjata ini membolehkan korang membunuh musuh dengan lebih cepat

Terbaru karektor Marian adalah seorang gadis sangat baik dan peramah namun nasib tidak menyebelahi dirinya apabila dia terbunuh. 

Karektornya berubah apabila dia dihidupkan kembali oleh musuh sehingga bergelar Modernia dan menjadi suruhan pada pihak musuh.

Tonton PV Modernia di bawah:

Modernia ialah watak SSR. Dia seorang penyerang, dilengkapi dengan Mesingan. Elemennya ialah Api dan Skill Burst ialah New World.

Modernia bakal dikeluarkan secara global pada 29 Disember ini.

Acara istimewa untuk mendapatkan Modernia bermula dari 1 Januari 2023 hingga 19 Januari 2023.

Nak tahu tentang dunia NIKKE? Tonton video di bawah:

Anda boleh memuat turun permainan di sini: 

https://bit.ly/NikkeEGG

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)