OUR STREAMERS

OOHAMI lakar sejarah FIFA 22 buat Malaysia

Posted by Nadzreen on January 25, 2022

Pasti peminat FIFA tanah air mengenali Syahmi Hafiy Bin Shahrul Zaman atau lebih dikenali sebagai OOHAMI yang baru-baru ini dipilih untuk tampil di dalam slot ‘Featured Squad Battle’ di FIFA 22.

OOHAMI merupakan rakyat Malaysia pertama dan kedua di Asia dipilih untuk tampil di slot itu bagi FIFA 22.

Penglibatan OOHAMI bersama EA Sports dan siri permainan digital FIFA bermula semenjak tahun 2019 apabila OOHAMI dilantik secara rasmi untuk menjadi Kapten FIFA ULTIMATE TEAM (FUT) Malaysia bagi siri FIFA 19, FIFA 20, FIFA 21 dan FIFA 22.

OOHAMI turut dijemput ke pelancaran global FIFA 20 di London pada tahun 2019.

‘Featured Squad Battle’ merupakan satu mod dalam talian di bawah FUT FIFA 22 dimana pemain boleh mencabar pasukan yang direka khas oleh OOHAMI.

Skuad bernama OOHAMIxGAMESBOND ini menampilkan pemain terbaik dari FIFA 22 pilihan OOHAMI termasuklah lagenda bolasepak Ronaldo Nazario dan tidak lupa pemain Malaysia, Luqman Hakim.

Peminat boleh mula mencabar skuad OOHAMIxGAMESBOND di ‘Featured Squad Battle’ FIFA 22 bermula jam 3.00 petang pada 23hb Januari 2022 sehingga jam 3.00 petang pada 30hb Januari 2022.

Karier OOHAMI di dalam dunia sukan elektronik dan kandungan digital bermula pada tahun 2016 sebagai Youtuber sepenuh masa.

Kini, OOHAMI menjadi idola anak muda apabila pengikut beliau di sosial media melebihi 1 juta. Beliau turut dipilih menjadi Facebook Gaming Partner dan duta kepada produk minuman tenaga, Monster Energy Drink.

Kini OOHAMI turut aktif bersama Gamesbond untuk merancakkan lagi industri sukan elektronik FIFA dengan mengadakan kejohanan OOHAMI CUP bermula tahun 2020 dan edisi terbaru OOHAMI CUP 2022 bakal dilangsungkan pada bulan September nanti.

 

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram