OUR STREAMERS

Persembahan Hayate & DJ Yang2 gegarkan The Gameplan ACG 2022!

Posted by Nadzreen on September 15, 2022

The Gameplan Anime Cosplay Games 2022 bakal memberikan pengalaman istimewa buat peminatnya diadakan di The Curve Mutiara Damansara pada 11 dan 12 September lalu.

Persembahan yang dinantikan dari pasangan Hayate & DJ Yang2 memeriahkan lagi The Gameplan ACG 2022.

Turut diumumkan tiga pasukan pemenang MLBB Open Community Challenge 2022 adalah Team Select, Monster Vicious, Team KYG yang meraih hadiah terkumpul bernilai RM10,000.

Acara ACG2022 dianjurkan oleh Genysis dan eGG Network sebagai rakan media.

Pada hari berkenaan, terdapat pelbagai booth menjual cenderahati ACG dan juga terdapat Gundam booth.

Selain itu, peminat Cosplayers menyaksikan cosplayer kegemaran mereka seperti Kittymeow1224 Kazumides HayateIsHere djyangyang EclipX 二克雷斯 shiomio.official qbkokoa RinaaHime GGTwins (Emcee) rostthemagus (MLBB Caster) myst3licious (MLBB Caster).

Ternyata pengunjung dan peminat cosplay teruja dengan kehadiran cosplayer mereka dan tidak melepaskan peluang bergambar.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)