OUR STREAMERS

Playoffs MPL-MY S8: Laluan mudah buat Geek Fam, Orange Esport, Todak dan SMG

Posted by Nadzreen on October 4, 2021

Tamat sudah saingan musim liga MPL-MY S8, di mana terdapat pasukan menunjukkan prestasi luar biasa dan ada juga pasukan seakan hilang arah pada musim ini.

Pada musim liga juga, kita dapat menyaksikan meta luarbiasa dari setiap pasukan sehingga sukar di terima cara permainan dan strategi mereka untuk menewaskan pihak lawan.

Lapan pasukan berjaya menempah nama ke pusing Playoff dan ditempatkan di upper dan lower bracket.

Namun itu semua bakal terjawab apabila pasukan mana yang lebih layak dinobatkan sebagai Juara MPL-MY S8.

Geek Fam, Orange Esport, Todak dan Team SMG kini berada berada di dalam laluan mudah apabila berjaya menempatkan pasukan masing-masing di Upper Bracket.

Orange Esport akan berhadapan Geek Fam pada perlawanan ketiga manakala Todak akan menentang TEAM SMG pada perlawanan keempat.

Laluan di upper bracket lebih mudah pasukan perlu memenangi dua perlawanan untuk ke pentas akhir.

Pasukan yang tewas masih boleh membuat kejutan dan akan berentap dengan pasukan pemenang perlawanan pertama dan kedua di lower bracket.

Pemenangan perlawanan ketiga dan keempat akan berentap pada perlawanan ke-7 dan pemenang akan mara ke pentas final manakala pasukan yang tewas masih mempunyai peluang untuk ke final tetapi harus menewaskan pemenang perlawanan ke-8 di perlawanan ke-9.

Pasukan di lower bracket pasukan RSG, Suhaz, Homebois dan Team Bosskurr akan melalui perjalanan yang lebih sukar dan panjang.

Perlawanan pertama playoffs di mana pasukan Suhaz Esport akan menentang Team Bosskurr dan perlawanan kedua antara Homebois menentang Team RSG.

Pemenang perlawanan pertama dan kedua akan menentang pasukan upper bracket yang tewas pada perlawanan ke-3 dan ke-4 pada perlawanan ke-5 dan ke-6.

Dua pasukan pemenang pada perlawanan ke-5 dan ke-6 akan berentap pada perlawanan ke-8 dan pemenang perlawanan akan bertemu dengan pasukan yang tewas di upper bracket pada perlawanan ke-7.

Pemenang perlawanan ke-9 di lower bracket akan bertarung dengan pemenang perlawanan ke-7 di upper bracket di pentas akhir.

Pasukan upper bracket manakah yang akan ke pentas akhir?. Adakah pasukan lower bracket mampu memgejutkan pasukan di upper bracket? Sama-sama kita nantikan perlawanan Playoffs MPL-MY S8 yang bakal berlangsung 15,16 dan 17 Oktober ini.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram