OUR STREAMERS

PMGC2022: uHigh 'Terkilan' Persembahan Kurang Menyerlah!

Posted by Nadzreen on January 9, 2023

Berakhirnya 2022 PMGC Grand Finals di Jakarta Indonesia semalam dengan pasukan Malaysia berada di tempat ke 10 dalam 16 pasukan terbaik dunia.

Pasukan Geek Fam bermain dengan baik dihari pertama dengan Wakil MALAYSIA Geek Fam PUBG Mobile Malaysia dikira dalam ramalan juara walaupun tidak makan ayam tetapi masih di top 10.

Di hari kedua mereka jatuh ke tangga 13 selepas hari kedua berakhir dengan lebih mencabar. Uhigh mendapatkan kill yang banyak namun tidak berjaya untuk membawa pasukannya mendapatkan 'Chicken Dinner'.

Pada hari terakhir dengan kehadiran 6000 penonton pada hari terakhir itu, mereka cuba bangkit dalam 6 maps yang terakhir namun tidak hanya berjaya mendapatkan tempat ke 10 terbaik keseluruhan.

Uhigh berkata, dia sedikit terkilan dengan prestasi yang dipamerkan olehnya pada Grand Finals PMCG.

"Tak dapat buat yang terbaik untuk semua dan agak terkilan dengan persembahan kami yang sepatutnya lebih bersedia.

"Kami yakin dapat buat yang terbaik pada mulanya dan kami dah cuba yang terbaik," katanya.

Dia berkata sokongan peminat yang sentiasa menyokong dia dan pasukannya amat dihargai.

"Terima kasih buat peminat yang sentiasa menyokong tak kira di Malaysia atau di Indonesia, kami dah cuba yang terbaik dan akan bangkit di pertandingan akan datang," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)