OUR STREAMERS

POCO F4 GT: Peranti Gaming Terbaik; Kemuncak 'Kuasa' Gamers Harian.

Posted by Nadzreen on June 2, 2022

POCO, jenama teknologi popular dalam kalangan anak muda, mengumumkan pelancaran telefon pintar POCO F4 GT terbaharunya yang mengetengah kelebihan kepada gamers harian. 

Poco F4 GT dikuasakan dengan Snapdragon 8 Gen 1 bersama padanan memori (RAM) yang menyokong sehingga 12GB berdasarkan variasi pilihan pengguna. 

Sebagai telefon pintar gaming, prestasi tinggi adalah perkara paling penting. Bagi Poco F4 GT, ia melabelkan dirinya sebagai peranti gaming terbaik, bermula dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1 bersama padanan memori (RAM) yang menyokong sehingga 12GB berdasarkan variasi pilihan pengguna. 

Kehebatan ini dipadankan dengan RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Sistem penyejukan LiquidCool Technology 3.0 menyediakan ruang penyejuk cecair seluas 4,860mm2 untuk pelepasan haba lebih tinggi daripada biasa. 

Yang lebih menarik adalah pelengkap peranti gaming kepada Poco F4 GT ini adalah butang bahu mekanikal yang terletak di sisi telefon.  

Ia boleh disimpan dan dikeluarkan secara magnetik. Fuhh lain macam lar, pasti anda tidak sabar untuk mendapatkannya. 

Dengan menggunakan teknologi apungan magnet untuk memberikan pengalaman seperti menggunakan alat kawalan jauh di konsol permainan. 

Jangan risau untuk permainan video apa yang sesuai, lebih 100 jenis permainan video anda boleh bermain dengan peranti ini. 

Bagi gamers yang mungkin bimbang dengan tahap pemanasan peranti ini, ia menggunakan sistem penyejukan LiquidCool Technology 3.0 bersama perkakas dwi kipas disertakan. 

Untuk pasaran tempatan, ia dijual pada harga RM2,299 bagi model variasi 8GB bersama storan 128GB manakala untuk variasi tinggi iaitu 12GB RAM bersama 256GB storan pada harga RM2,499. 

Anda boleh membeli menerusi gedung atas talian Lazada dan Shopee. 

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram