OUR STREAMERS

Pokémon UNITE: TeamMYS Juara Pokémon UNITE Malaysia Open 2022!

Posted by Nadzreen on October 3, 2022

TeamMYS muncul sebagai juara dalam kejohanan Pokémon UNITE Malaysia Open 2022, dan membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah USD20,000.

Dengan menewaskan 53 pasukan berbakat dari seluruh negara mereka berjaya memperoleh gelaran juara rasmi Malaysia pertama dalam arena Pokémon UNITE.

TeamMYS bertemu dengan pasukan DUNE dan berjuang habis-habisan untuk muncul sebagai yang terbaik daripada tiga perlawanan, dan TeamMYS dinobatkan sebagai juara setelah berjaya mengutip 849 Mata Perlawanan dalam Game One dan 864 Mata Perlawanan dalam Game Two pada perlawanan akhir.

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun gembira dengan kejayaan pasukan itu dan pencapaian bersejarah mereka.

“Bagi pihak Yoodo, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ahli pasukan TeamMYS! Kami gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejohanan Pokémon UNITE yang julung kalinya diadakan di negara ini dan menyaksikan corak permainan serta kemahiran hebat yang dipamerkan oleh semua pemain di dalam kejohanan ini.

"Ianya jelas membuktikan apa yang kami yakini selama ini iaitu sememangnya ada ramai bakat-bakat hebat di dalam komuniti e-sukan Malaysia, dan kami berbangga kerana dapat melahirkan satu lagi juara e-sukan di kalangan para pemain kita bagi mengetengahkan bakat-bakat yang kita ada.” katanya.

Kejohanan Pokémon UNITE Malaysia Open dianjurkan dengan kerjasama Yoodo dan The Pokémon Company sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan bakat-bakat muda, dan pada masa sama menyediakan sebuah platform pertandingan bagi membolehkan mereka mempamerkan penguasaan masing-masing dalam permainan tersebut.

Yoodo juga secara rasminya telah melancarkan pelan tambahan atau Add-On yang sangat dinanti-nantikan khusus untuk Pokémon UNITE. Ia boleh didapati pada harga promosi RM1 untuk 20GB hingga 31 Disember.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)