OUR STREAMERS

Sukan Sea Mlbb: Malaysia 'berputih mata'; Filipina dan Indonesia ke Final MLBB

Posted by Nadzreen on May 19, 2022

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 sebentar tadi dengan Singapura untuk meraih pingat gangsa bagi MLBB di temasya Sukan Sea.

Pasukan Singapura berjaya meraih kemenangan pertama dan pada perlawanan kedua Malaysia pula bangkit untuk mengikat pasukan Singapura 1-1.

Pada perlawanan penentuan, pasukan Indonesia dengan penggunaan meta tank sangat mendominasi perlawanan dan menundukkan pasukan tanah air dan meraih kemenangan.

Pada lewat petang tadi pasukan tanah air menentang pasukan Indonesia untuk menempatkan diri ke final namun bukan rezeki untuk meraih kemenangan.

Pasukan Indonesia mendominasi permainan dari perlawanan pertama dan kedua. Pasukan Malaysia dilihat mengalami masalah untuk membuat kebangkitan dan tidak berdaya menahan kemaraan pihak lawan.

Kegagalan ini pahit untuk ditelan namun semangat pemain yang bermain demi lencana di dada harus diberikan pujian.

Terima Kasih buat pasukan MLBB Malaysia kerana bermain bermatian untuk mengharumkan nama negara.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram