OUR STREAMERS

Sukan Sea MLBB: Malaysia tundukkan Myanmar; Laos intai 'robek' Malaysia

Posted by Nadzreen on May 18, 2022

Malaysia tidak perlu bermain lama dengan berjaya menumpaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan kedua sebentar tadi.

Pemain Malaysia dilihat bermain dengan lebih baik dan mengutamakan objektif permainan sehingga pihak lawan terpaksa akur dengan kekuatan pasukan tanah air.

Pujian harus diberikan kepada pemain pinjaman Xorn dengan mempamerkan corak permainan yang baik selepas

Mungkin ini yang ingin ditunjukkan kepada mereka yang tidak mempercayai kemampuannya sejak dipilih untuk bersama pasukan Malaysia.

Bagaimanapun, pasukan Malaysia perlu menang satu perlawanan lagi menentang Laos untuk mengumpul 6 mata selepas berputih mata menentang Filipina pagi tadi.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram