OUR STREAMERS

Sukan Sea MLBB: Malaysia 'Wajib' menang menentang Myanmar dan Laos

Posted by Nadzreen on May 18, 2022

Perlawanan pembukaan dan perlawanan pertama pasukan tanah air kita menentang pasukan Filipina wajar diberikan perhatian.

Tewas dua berbalas kosong pada perlawanan itu, pasukan Malaysia perlu bangkit dan wajib menang dua lagi perlawanan untuk menempatkan pasukan ke peringkat seterusnya.

Perlawanan yang dilihat menjadi kemenangan pertama buat pasukan Malaysia di dalam kumpulan A diragut pasukan lawan dilihat kesilapan disaat akhir perlawanan.

Pada perlawanan pertama, pasukan Malaysia kelihatan garang dengan mendominasi diawal perlawanan walaubagaimanapun dipertengahan perlawanan itu kelihatan mereka sedikit hilang tumpuan.

Namun diakhir babak perlawanan pasukan Malaysia berjaya memberi tentang sengit namun sedikit kesilapan memberikan peluang kepada pasukan lawan untuk meraih kemenangan.

Pasukan Filipina yang bekas juara dunia pada kejuaraan M3 lalu, menghadapi musim terburuk dan tidak layak untuk ke MSC2022 namun jelas dengan kemasukan dua pemain baru memberi sinar untuk Sukan Sea.

Dikatakan pasukan itu tidak mempunyai masa untuk menyesuaikan diri namun dari corak permaianan ditonjolkan mereka sudah menampakkan keserasian.

Pada perlawanan kedua, pasukan Malaysia diberikan tekanan namun mereka bangkit dengan jurang yang tidak terlalu berbeza.

Pasukan Malaysia hampir mendapatkan kemenangan selepas empat hero pasukan lawan tersingkir namun dengan tiada kehadiran 'minion', kita gagal menjatuhkan 'Menara Kristal' dan kebangkitan pihak lawan berjaya menewaskan pasukan tanah air.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram