OUR STREAMERS

Bakatnya untuk menjadi seorang warga emas sangat menghiburkan dan mampu membuatkan penonton sukar untuk bergerak kerana pandai menarik perhatian.

eGG.Network merungkai siapa disebalik watak Pak Cik Osman dan Ayah B sehingga menjadikan ia dikenali dia dalam dunia GTA V.

Mohamad Zulfikri (Bidaah) Zulkefli, 24, Anak jati Kajang, Selangor ini, meminati permainan video sejak kecil namun dia tidak pernah berfikir untuk menjadi seorang streamer hingga dikenali.

Bila permulaan anda untuk menjadi Streamer?

"Pada awalnya sekadar suka-suka nak mengisi masa lapang dan tidak pernah terfikir untuk menjadi streamer sepenuh masa.

"Inilah dikatakan takdir saya untuk menjadi streamer dan alhamdulillah semuanya berjalan begitu baik sekali," katanya.

Mohamad Zulfikri (Bidaah) Zulkefli, 24 tahun, matang dalam setiap apa keputusan yang ingin dilakukannya.

"Pada tahun 2019 dah mula dah tapi buat sambilan je, sebab masih belajar.

Menurutnya, dia mula fokus apabila mendapat menjadi 'rakan' bersama Facebook Gaming pada bulan enam tahun ini.

"Saya rasa bertuah apabila dapat menjadi 'partner' FB Gaming dan terus menjadikan ia sebagai kerjaya," katanya.

merupakan anak sulung dari empat beradik dalam keluarganya. Tanggungjawab sebagai abang dan anak sulung perlu dilaksanakan untuk menjadi contoh kepada adik beradik yang lain.

"Adik beradik masih bersekolah dan saya perlu menunjukkan contoh teladan yang baik untuk mereka ikuti.

"Berat tanggungjawab sebagai anak sulong, nak kena tengok adik-adik lagi. Tapi saya bersyukur, sebab mereka mendengar kata,"katanya.

Kenapa game GTA V?

"Awalnya saya bermain PUBG Lite namun tidak kena dengan jiwa. Saya kemudian beralih kepada GTA V, di situ saya mula nampak permainan video ini menarik dan saya ingin melakukan sesuatu yang berbeza dari orang lain.

Kenapa perlu menjadi watak orang tua?

Bidaah: Watak orang tua ini kena dengan jiwa saya walaupun saya masih muda namun bila menjadi watak orang tua ini ada tarikan tersendiri.

Apa yang dimaksudkan tarikan tersendiri?

Bidaah: "Bila jadi watak pakcik ni, saya perlu betul-batul menjadi orang tua. Dari cara percakapan tu, memang kena jadi orang tua. Serak-serak lar suara tu.

"Rakan-rakan dalam GTAV nampak saya dalam game akan tegur dan ajak untuk buat task yang menarik dan saya senang masuk dengan mereka," katanya.

Karakter Pak Cik Osman dan Ayah B.

Bidaah berkata, dia ada mempunyai dua watak karakter berbeza sorang pak cik yang suka melawak dan seorang lagi pak cik gangster.

"Perwatakan dua pak cik ini berbeza, Pak Cik Osman dikenali dengan kenakalan suka mengusik dan melawak manakala Ayah B watak gangster ditonjolkan.

"Boleh dikatakan bila saya bawa dua karakter ini akan dikenali rakan-rakan. Dah jumpa yang satu kepala, tak jadi apa. Gelak je ceritanya," katanya.

Menurutnya, dia bermain secara solo dan tidak mempunyai kumpulan di dalam GTA V.

"Saya lebih suka bergerak secara solo dan saya akan ikut mereka untuk melakukan tugasan mereka berikan.

"Pernah satu juga jadi perhatian apabila isu mengenai janda kecoh di dalam GTA V namun ianya sekadar 'content' dan ketika itu saya membawa watak pak cik Osman," katnaya.

Server Malaysia Role Play.

Menurutnya, di server inilah dia mula mendapat rakan di dalam GTA V yang baru dan juga yang terkenal seperti Jaa Suzuran, Bobbysan dan ramai lagi.

"Kalau diikutkan ramai yang popular dalam server itu, tapi bila dah kerap main dan ada content sendiri kita akan dikenali," katanya.

Pengalaman unik bergelar streamer.

"Pernah ada satu ketika saya kat luar dan pernah ditegur oleh peminat saya di luar. Mereka menegur ni pak cik Osman ke?. Apa lagi gelak lar semuanya.

"Itu pengalaman tidak dapat dilupakan sehingga direaliti mereka masih memanggil saya pak cik Osman," katanya.

Penghargaan pada penyokong pak cik Osman dan Ayah B.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak hari pertama lagi dan tidak lupa pada kedua ibu bapa saya, Zulkefli B Ismail, 50, Maheran Bt Ismail, 50 yang tidak pernah berputus asa terhadap karier baru saya," katanya.

Jangan lupa untuk share dan like artikel ini di Facebook eGG.Network dan semua sosial media.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram