OUR STREAMERS

Baru-baru ini, kecoh mengenai isu ada tangan 'Ghaib' yang dikatakan cuba mengatur pemilihan pemain bagi skuad FAM ERimau namun itu semua sudah terjawab apabila 4 nama pemain diumumkan.

Antara nama yang dipilih adalah MUHAMMAD LUQMAN HAZIQ HAJIMAN (LuqmanHzq), 25, GBX ESPORTS TEAM, dan tiga pemain dari Orange Esport, MUHAMMAD ASYRAF KAMAL (AK31), 29, GAN MUN KIAT (RippedJeannn), 25 dan WAN MUHAMMAD HAKIMM WAN NARIZAN (P3rlisTeamJr), 24.

Dalam satu kenyataan berkata, ini adalah kali pertama FAM menghantar pasukan bagi kategori FO4 serta mengambil kira ketiadaan server FO4 di Malaysia dan cadangan ini turut diberikan kepada negara-negara lain yang tidak mempunyai server FO4.

"Pemilihan pemain yang bertanding di kejohanan FIFAe Nations atau pemilihan berdasarkan peringkat saringan mengunakan FIFA HD.

"Strategi untuk menubuhkan pasukan yang akan menggalas cabaran negara ke temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi. Strategi ini dilihat dapat membantu skuad FAM eRimau untuk mencapai sasaran pada temasya Sukan SEA ini.

Tambahan pula, disebabkan oleh Luqman Haziq yang bersama skuad FAM eRimau menduduki tangga ke-5 ranking dunia bagi FIFAe Nations, skuad FAM eRimau telah diletakkan sebagai Kategori A bagi penyertaan ke Sukan SEA 2021 ini.

Skuad FAM eRimau ini telah menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 25 hingga 29 April 2022 dan mereka dijadual terbang ke Hanoi pada 10 Mei 2022.

Bagi acara FO4 pada Sukan SEA 2021 itu nanti, saingan peringkat kelayakan akan berlangsung pada 14 Mei 2022 manakala saingan Final pada 15 Mei 2022 dengan venue pertandingan di National Convention Center Vietnam.

Edisi Musim Bunga EACC akan berlangsung dalam talian dari 18 April hingga 24 April dan akan disiarkan di seluruh China, Korea, Thailand dan Vietnam.

Kejohanan itu akan menampilkan 12 pasukan yang bertanding selama seminggu dalam persaingan sengit untuk jumlah hadiah berjumlah AS$100,000.

Format Baru.

Tiga pasukan dari setiap negara yang mengambil bahagian (China, Korea, Thailand dan Vietnam) masing-masing terdiri daripada tiga hingga empat pemain, akan bertarung dalam dua penyingkiran braket.

Semasa dua penyingkiran braket ini, setiap perlawanan akan dimainkan dalam format Best-of-5, bermakna pasukan mesti memenangi sekurang-kurangnya tiga perlawanan daripada lima perlawanan maksimum yang dimainkan untuk mara.

Tidak seperti musim sebelumnya, format Best-of-5 musim ini tidak lagi akan menyertakan peraturan "winner-stay" untuk pemilihan atlet yang mewakili. Sebaliknya, kedua-dua pasukan dalam perlawanan akan mencalonkan seorang atlet individu yang berbeza untuk setiap tiga perlawanan pertama.

Untuk permainan empat dan lima pilihan yang diperlukan, atlet dari permainan satu, dua dan tiga boleh dicalonkan semula.

Akibatnya, seorang atlet hanya boleh bersaing dalam maksimum dua perlawanan semasa satu perlawanan antara dua pasukan EA SPORTS™ FIFA Online 4, memberikan tumpuan yang lebih besar pada prestasi dan taktik seluruh pasukan.


Pasti peminat FIFA tanah air mengenali Syahmi Hafiy Bin Shahrul Zaman atau lebih dikenali sebagai OOHAMI yang baru-baru ini dipilih untuk tampil di dalam slot ‘Featured Squad Battle’ di FIFA 22.

OOHAMI merupakan rakyat Malaysia pertama dan kedua di Asia dipilih untuk tampil di slot itu bagi FIFA 22.

Penglibatan OOHAMI bersama EA Sports dan siri permainan digital FIFA bermula semenjak tahun 2019 apabila OOHAMI dilantik secara rasmi untuk menjadi Kapten FIFA ULTIMATE TEAM (FUT) Malaysia bagi siri FIFA 19, FIFA 20, FIFA 21 dan FIFA 22.

OOHAMI turut dijemput ke pelancaran global FIFA 20 di London pada tahun 2019.

‘Featured Squad Battle’ merupakan satu mod dalam talian di bawah FUT FIFA 22 dimana pemain boleh mencabar pasukan yang direka khas oleh OOHAMI.

Skuad bernama OOHAMIxGAMESBOND ini menampilkan pemain terbaik dari FIFA 22 pilihan OOHAMI termasuklah lagenda bolasepak Ronaldo Nazario dan tidak lupa pemain Malaysia, Luqman Hakim.

Peminat boleh mula mencabar skuad OOHAMIxGAMESBOND di ‘Featured Squad Battle’ FIFA 22 bermula jam 3.00 petang pada 23hb Januari 2022 sehingga jam 3.00 petang pada 30hb Januari 2022.

Karier OOHAMI di dalam dunia sukan elektronik dan kandungan digital bermula pada tahun 2016 sebagai Youtuber sepenuh masa.

Kini, OOHAMI menjadi idola anak muda apabila pengikut beliau di sosial media melebihi 1 juta. Beliau turut dipilih menjadi Facebook Gaming Partner dan duta kepada produk minuman tenaga, Monster Energy Drink.

Kini OOHAMI turut aktif bersama Gamesbond untuk merancakkan lagi industri sukan elektronik FIFA dengan mengadakan kejohanan OOHAMI CUP bermula tahun 2020 dan edisi terbaru OOHAMI CUP 2022 bakal dilangsungkan pada bulan September nanti.

 

Siapa menjangkakan pemain Fifa Nombor 1, Indonesia, Moehamad “Chanks” Zulisar 'beralih angin' dengan menyertai THQ selepas sebulan memikirkan hala tuju buat dirinya.

Chanks yang pernah menjuari ePiala Indonesia 2021 menjadi rebutan kelab-kelab e-sukan tempatan dan antarabangsa memilih THQ sebagai pasukan baharu dengan keyakinan dapat mengembangkan lagi kerjaya beliau dalam industri ini.

Beliau yang berusia 28 tahun itu akan berkelana ke Malaysia selepas menandatangani kontrak bersama THQ di Indonesia dan dijadualkan tiba seawal November 2021.

Chanks berkata perpindahan ini merupakan satu cabaran baharu kerana buat pertama kalinya saya beraksi di negara luar dari Indonesia.

"Saya turut berbangga kerana berpeluang untuk beraksi bersama salah satu pasukan terbaik di Asia Tenggara. Saya yakin saya akan membawa
lebih banyak kejuaraan untuk pasukan ini bersama rakan pasukan saya," katanya.

Antara pencapaian terbaiknya, adalah mewakili Indonesia ke FIFAe Nation Cup dan mewakili Persikabo ke FIFAe Club World Cup Qualfier.

Ketua Pegawai Eksekutif THQ, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin berkata, pihaknya bekerja keras untuk membawa Chank ke pasukan ini dan sudah pasti berasa
gembira apabila perpindahan ini berjaya dilengkapkan.

"Kemasukan Chank ke pasukan kami sudah pasti akan meningkatkan kualiti pasukan dan saya yakin beliau akan cepat membiasakan diri dalam suasana di pasukan baharu beliau," katanya.

Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur, Gamesbond dan GBX Esports membawakan kepada anda Bengkel Esports FIFA: Bersama GBX Esports bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2021 yang akan menampilkan jagoan FIFA terbaik di Malaysia iaitu LuqmanHzq, AkmalJHD dan Chamack.

Muzaffar Zuhair (Chamack) berkata, bengkel ini akan membantu para pemain FIFA untuk meningkatkan skil dan cara permainan ke tahap yang lebih tinggi.

"Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pemain-pemain amatur cara bermain secara profesional dan kompetitif," katanya.

Menurutnya, bengkel ini mengambil masa kira-kira 2 jam dan banyak pengisian akan dikongsi kepada peserta.

"Yuran adalah percuma dan kita akan menunjukkan cara bermain dan jika peserta mempunyai Fifa22 bersama mereka, mereka boleh terus mempraktikkan corak permainan di rumah masing-masing,'' katanya.

Informasi berkaitan bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 Oktober 2021
Waktu: 2 petang
Hari: Sabtu
Yuran: Percuma
Pautan pendaftaran: https://bit.ly/HSNJBSWPKL

Dia berkata, tidak lupa juga, peserta yang menyertai bengkel ini akan diberikan sijil penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah.

"(Kata laluan rahsia akan diberikan ketika bengkel berlangsung). Hanya peserta bersama kata laluan yang betul akan mendapat sijil (digital) dan layak memasuki cabutan bertuah,'' katanya.

Kelmarin, pasukan sukan elektronik FIFA dari Malaysia, GBX Esports telah mengumumkan barisan pemain baharu mereka bagi musim 2021/22.

Barisan baharu ini terdiri dari gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda dari Malaysia. Pemain yang kekal bersama GBX Esports bagi musim 2021/22 adalah Luqman Haziq (LuqmanHzq, 24 tahun) yang juga merupakan pemain terbaik Malaysia selama 4 tahun berturut-turut semenjak musim 2018.

Pemain baharu yang menyertai GBX Esports musim ini adalah Ahmad Akmal Abd Rafil (AkmalJHD, 19 tahun), Muzaffar Zuhair (Chamack, 18 tahun) dan Imran Deen
(ImranDeen, 24 tahun).

Everyone's favourite football video game, FIFA 22, is arriving just around the corner and EA Sports has announced that they will be celebrating the game's launch with an online party! With a lineup of special guests and activities for viewers to win prizes, it's going to be an event FIFA fans won't want to miss.

First up, Rich Brian, the Indonesian YouTuber turned rap superstar and now EA Sports FIFA ambassador, who has been featured in PUBG Mobile, will be performing a mix of his biggest hits including Drive Safe, Don't Care, and Sydney (for the first time ever). Not to leave out the EPL fans, Thiago Silva of Chelsea FC will also be giving a demonstration of FIFA 22 on stream. To spice things up, there will also be a competition for viewers to enter to stand a chance to win 1 of 4 Sony PlayStation 5 consoles, signed Chelsea FC kits and copies of FIFA 22 Ultimate Edition. All you have to do is tune in and follow the instructions.

FIFA 22 is EA Sports' latest entry in the annual football series, and will be the first to use the brand new HyperMotion technology that brings football's most realistic and immersive gameplay experience to life, in every match and across every mode on next-gen consoles and Stadia (unfortunately, PC players won't get access to it - at least for now). Video demonstrations of the tech looks impressive and should give FIFA players on next-gen consoles a more authentic experience in the game.

Launch Party Schedule

To catch the FIFA 22 Launch Party, just head over to the official Facebook Event page to be reminded. The party will start on 30 September, Thursday, 7 PM (GMT+8). FIFA 22 Ultimate Edition releases on 27th September, while the Standard Edition will be available 1st October. You can pre-order the game now on the official website.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram