Siapa kata gamer tidak boleh menjadi pemuzik? Tentunya bukan untuk keempat-empat Facebook Gaming Creators (Mohamad Faizal “Jaasuzuran” bin Ahmad, Adam Faiz“ Spartanker ”bin Isa, Ku Izwan“ Chiko ”bin Ku Majid, dan Hadi Afiq“ Paroi”bin Mohammad Tahir), yang berkolaborasi dengan rapper/penulis lagu Malaysia, Lil J, untuk menghasilkan video muzik untuk lagu asli mereka, Kuala Loco.
"Makna lagu ini adalah untuk mengajar diri supaya dongak ke bawah bila berjaya, dan cuba be nice to everyone apabila kita kat atas," kata Jaasuzuran (atau Jaa), bagi pihak kumpulan.
Pencipta kandungan permainan video tersebut pada asalnya menulis Kuala Loco - dengan bantuan Spartanker, Chiko dan Paroi - sebagai lagu tema untuk server peribadi Grand Theft Auto Online mereka, yang sering digunakan oleh kumpulan ini. Jaa mengatakan bahawa beberapa lirik di Kuala Loco berdasarkan kisah benar daripada kehidupan peribadi mereka tanpa mengenal pasti secara khusus kisah siapa yang diceritakan. Mengenai cara mengenal pasti kisah-kisah ini berasal daripada siapa, Jaa kata sambil senyum, "(Peminat-peminat) kena cari sendiri dekat mana."
Selepas lagu asli dimuat naik, lagu itu diterima dengan baik oleh peminat, yang mendorong mereka menghasilkan video muzik untuk Kuala Loco. Namun, mereka tidak pernah merakam video muzik sebelum ini, jadi ia cukup mencabar bagi mereka. "Lagi mencabar bila nak kena joget-joget ikut beat, segan pun ada masa crew tengok kita," Jaasuzuran berkongsi dengan tergelak kecil.
Adakah ini satu-satunya usaha muzik yang akan dihasilkan oleh mereka? "Kalau ada sambutan baik, Insyallah, kita akan lagi semangat untuk buat lagi."
Who said gamers can’t be musicians? Certainly not these four Facebook Gaming Creators (Mohamad Faizal “Jaasuzuran” bin Ahmad, Adam Faiz “Spartanker” bin Isa, Ku Izwan “Chiko” bin Ku Majid, and Hadi Afiq “Paroi” bin Mohammad Tahir, who teamed up with Malaysian rapper/songwriter, Lil J, to come up with a music video for their very own original song, Kuala Loco.
“The meaning of the song is to teach ourselves to be humble when we’re successful, and to be nice to everyone when we reach the top,” said Jaasuzuran (or Jaa, as he’s fondly called), on behalf of the group.
The video game content creator originally wrote Kuala Loco - with the help of Spartanker, Chiko and Paroi - as a theme song for their Grand Theft Auto Online private server (also named Kuala Loco), where the rest of the gang stream in regularly. Interestingly enough, Jaa said that some of the lyrics in Kuala Loco are based on true stories from their personal lives, though he didn’t point out which. “You’d have to listen to it to find out for yourself,” he said, winking.
When they released the original song, it was so well received by fans that they felt a music video for Kuala Loco is in order. However, they’ve never filmed a music video before, so it was quite challenging for them. “Especially so when we had to dance to the beat, not to mention that I got a little embarrassed because the crew was watching us,” Jaasuzuran shared with a chuckle.
One can’t help but wonder: will this be the only musical endeavour that the squad will produce? “If the response is good, Insyaallah, we will be excited to do so.”
© 2022 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD & ROCKETFUEL ENTERTAINMENT SDN BHD. All Rights Reserved