OUR STREAMERS

Hanya memerlukan empat kemenangan pada perlawanan Grand Final, Blacklist International dinobatkan Juara M3 pada edisi kali ini.

Pertembungan dengan pasukan dari negara sendiri, Onic PH menambahkan keterujaan peminat dari negara itu yang ingin memastikan piala kejohanan dibawa pulang sekali lagi ke Filipina.

Ternyata Blacklist International sangat mendominasi pada keempat-emapat perlawanan sehingga pihak lawan gagal untuk menangkis serangan agresif mereka.

Pemain Blacklist International, OHEB turut dinobatkan sebagai Most Valueable Player (MVP) selepas mempamerkan satu permainan yang sangat luar biasa.

Pasukan Onic PH walaubagaimanapun sudah melakukan yang terbaik dan tidak ada rezeki untuk menjadi juara edisi kali ini.

Seperti yang diketahui, pasukan Blacklist International terkandas pada upper bracket ditewaskan BTK namun dengan semangat luar biasa mereka mampu menjadi juara walaupun bermain pada lower bracket.

Juara M3 membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak US$800,000 dan piala kejuaraaan.

Pasukan tanah air kita, Todak menamatkan saingan pada tempat ke-6 dan itu merupakan pencampaian yang sangat baik bagi pasukan kita. Ayuh pasukan Malaysia, banyak lagi perubahan dan pelbagaikan strategi pasukan anda untuk meraih kejuaran pada M4 tahun hadapan.

Perlawanan hari ke-6 playoff M3, kejutan demi kejutan berlaku sehingga ramai yang tidak percaya

Perlawanan lower bracket antara Todak dan Navi yang berkesudahan 3-2 menyaksikan 'King Of Comeback' Todak mengucar-kacirkan pasukan lawannya.

Perlawanan yang pada mulanya kelihatan pasukan NAVI sangat mendominasi pada perlawanan pertama dan kedua seakan pasukan Todak tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan kemaraan pasukan Navi.

Namun, pada perlawanan ketiga pasukan Todak mula menemui rentak permainan dengan membuat 'respect banned' kepada pasukan Navi dan terbukti drafting itu memberi kelebihan pada pasukan mereka.

Pada perlawanan keempat, dimana pasukan Todak wajib menang untuk mengheret pasukan Navi ke perlawanan penentuan. Pemilahan hero yang tepat dapat menghalang pasukan lawan dari menguasai perlawanan dan berkesudahan 2-2.

Pada perlawanan akhir, sekali lagi pasukan Todak membuat kejutan dengan pemilihan hero Eudora yang digunakan Moon ternyata membuahkan hasil apabila gandingan hero itu dan hero Roger Cikugais sangat 'mengerunkan' mengakibatkan pihak lawan buntu dan tewas.

Pada perlawanan upper bracket pula, pertembungan antara BTK dan EVOS SG mempamerkan satu lagi kejutan buat penonton apabila pasukan BTK menewaskan pasukan tuan rumah dengan berkesudahan 3 berbalas 1.

Pemain tumpuan, Mobazane seakan 'dirasuk' dan tidak dapat dihalang pemain Evos kerana terlalu 'Bocah'.

Kekalahan ini menghantar Evos Sg ke lower bracket dan bakal bertemu pasukan Todak pada jam 6 petang esok.

Mampukah pasukan Todak meneruskan Meta lower bracket mereka ketika berhadapan pasukan tuan rumah.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton secara live di siaran 800 serta di Astro Go diperanti anda.

Mobile Legends: Bang Bang M3 World Championship

This weekend we'll find out who the best Mobile Legends: Bang Bang team in the world is going to be. Definitely an event no MLBB fan wants to miss. More info.

Date and Time: 17-19 December, 2 PM

Where to Watch: eGG Network TVTwitchYouTubeFacebook

PUBG Mobile Global Championship 2021: East

This is the final Super Weekend before we get the top 16 teams entering the grand final. Who will qualify?

More info.

Date and Time:

Where to Watch: FacebookYouTube

Sembang Game 2

Date and Time: 23 December, 9 PM

Where to Watch: eGG Network TV

Global Esports Games

More info.

Date and Time: 17-19 Dec, 1 PM

Where to Watch: YouTubeFacebookTikTok.

OGA Dota Pit EU/CIS

Date and Time: 17-20 December, 10 PM

Where to Watch: eGG Network TVTwitch

BLAST Premier: World Final 2021

More info.

Date and Time: 17-19 December, 11.30 PM

Where to Watch: eGG Network TVTwitch

Dota 2 DPC Season 2021 Winter

More info.

Dates: 29 November - 21 January

Where to Watch: eGG Network TVTwitch

All dates and times in GMT +8

Dua pasukan dari Filipina Blacklist International dan Onic Esport 'menggegarkan' hari ke-5 Kejohanan Dunia Mobile Legends (M3) hari ini, apabila layak ke peringkat seterusnya selepas mengalahkan lawan mereka.

Perlawanan antara Blacklist International menentang pasukan Keyd Stars dari Brazil membuktikan pasukan dari Filipina ini sukar ditandingi lawan dari Brazil.

Berkesudahan 3 berbalas 0, Blacklist Int kelihatan sangat agresif dari awal permainan sehingga tamat perlawanan.

Tewas mengejut pada BTR, jelas menunjukkan pasukan Blacklist enggan mengaku kalah walaupun terpaksa bermain di lower bracket.

Manakala Onic Esport PH menundukkan pasukan terkuat Indonesia, RRQ dengan 3-0. Ternyata pasukan Onic sangat konsisten sehingga pasukan RRQ tidak mampu membuat apa-apa terhadap serangan yang dilancarkan.

Menunjukkan keyakinan untuk dan pemilihan hero yang tepat membuatkan pasukan Onic Esport sukar ditandingi.

Blacklist Int akan menentang pasukan RRQ Hoshi pada pusingan seterusnya dan pasukan yang menang akan melangkah ke peringkat seterusnya,

Esok, pasukan tanah air, Todak akan berentap menentang pasukan NAVI pada jam 2 petang. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton secara live di siaran 800 serta di Astro Go diperanti anda.

Pertembungan perlawanan terakhir lower di lower bracket menjadi tumpuan apabila pasukan tanah air, Todak bertemu See You Soon dari Kemboja yang berkesudahan pasukan Todak menang 2-1.

Misi membalas dendam ini berjaya dilaksanakan dengan cemerlang yang sebelum ini pada MPLI, pasukan SYS menewaskan pasukan Todak.

Tertanya Jungler Todak, Cikugais yang menggunakan Paquito mendominasi perlawanan penentuan dan berjaya memperoleh MVP dalam perlawanan akhir.

Perlawanan pertama kelihatan Todak seakan hilang arah, namun itu adalah strategi pasukan Todak untuk melihat sejauh mana corak permain SYS.

Perlawanan kedua pasukan Todak berjaya menjinakkan pasukan See You Soon dengan sangat tenang dan seakan pemain Todak sudah mendapatkan 'lubuk' kelemahan pasukan lawan.

Pemain Todak Cikugais berkata, pada awal perlawanan pertama Todak memberi pihak lawan peluang mengambil hero Phoveus.

"Kami terlalu over confident dan hero itu adalah satu kelebihan kepada mereka dan kami tewas pada perlawanan pertama,"

Ditanyakan, mengapa berlaku berlaku perubahan role terhadap pemain Todak dan mengapa mereka berani melakukan perkara itu?

"Ini adalah kekuatan Todak, kami boleh bermain di mana-mana posisi dan hanya pasukan kami di M3 berani tukar 'role'. Kami lakukan sebegini membiarkan pasukan lawan tertanya dan mereka tidak berani bertukar role.

Ciku berkata, pasukannya ingin bertemu RRQ HOSHI di Grand Final untuk membalas dendam selepas tewas pada M1 dan upper bracket M3.

"Seperti 'Dejavu' dan kami ingin tamatkan ianya. Kami akan berusaha untuk ke Grand Final," katanya.

Hari ini merupakan hari bagi pasukan-pasukan di lower bracket untuk mempamerkan aksi cemerlang mereka untuk melayakkan tempat bagi menentang pasukan yang tewas dari upper bracket.

Permulaan yang kurang baik bagi Juara MPLMYS8, SMG dalam saingan M3 ini, namun harini adalah hari penentuan buat pasukan mereka untuk meneruskan perjalanan ke Grand Final M3.

Jika pasukan SMG menewaskan pasukan Onic ID sebentar lagi, mereka akan bertemu dengan Blacklist International yang mengejutkan peminat apabila tumpas kepada pasukan 'Underdog' BTK.

Diketahui pasukan Blacklist International merupakan pasukan pilihan namun selepas kekalahan mengejut ditangan BTK sudah sepastinya pasukan lain juga mampu menewaskan pasukan ini.

Pemain SMG, Sasa dan Zaimsempoi adakah mereka sudah mempunyai rancangan untuk meranapkan ego pasukan Onic ID yang gemarkan melakukan 'taunting' agar mengacau fokus pemain lawan.

Semestinya, pengalaman Sasa yang pernah bermain bersama Onic ID akan digunakan sebaik mungkin.

Pasukan Onic ID juga bakal mengeluarkan rahsia mereka untuk mengekang pasukan SMG.

Pertembungan bakal bermula pada jam 12 tengah hari ini, dan sudah sepastinya peminat mengharapkan pasukan SMG layakkan ke peringkat seterusnya.

Jangan lupa untuk menyaksikan M3 secara live di siaran 800 eGG Network serta di Astro Go pada peranti anda.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram