Kejohanan E-Sukan Malaysia (MEC) 2021/2022 melabuhkan tirainya selepas mendapat sambutan tontonan di platform Facebook @esportsintegrated melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI) Ahmed Faris Amir, berkata kejohanan itu juga berjaya menarik lebih 10,000 peserta bagi musim ini.
"Dalam merebut hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 yang ditawarkan menerusi empat permainan dipertandingkan FIFA 22, DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.
"Kebanyakannya bukan penyertaan baharu kerana sudah berada dalam sistem www.esukan.gg, iaitu platform sukan elektronik yang dikendalikan ESI dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan)," katanya.
Pihaknya berharap untuk mendapatkan lebih banyak tajaan bagi meningkatkan hadiah wang kemenangan dan anjur kejohanan pada skala lebih besar bagi musim seterusnya.
Beliau turut mengesahkan dua pasukan terbaik kategori MLBB, berjaya meraih tiket ke MLBB Professional League (MPL) sebagai lapan pasukan teratas bagi pusingan kelayakan Kejohanan Asia Tenggara dan Dunia.
Beliau menjelaskan berikutan juara, Homebois dan pasukan di tempat ketiga RSG telah layak ke kelayakan tersebut sebelum ini, slot itu menjadi milik naib juara Caracal dan pasukan di tempat keempat Mikey.
Juara dan naib juara PUBG Mobile pula, D3V Silence dan Farang Guerilla, berjaya menempah slot ke PUBG Mobile Pro League.
Berikut senarai pemenang mengikut permainan:
FIFA 22:
Dota 2:
MLBB:
PUBG Mobile:
© 2022 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD & ROCKETFUEL ENTERTAINMENT SDN BHD. All Rights Reserved