OUR STREAMERS

Kalah dan menang itu adat permainan walaupun sukar untuk diterima buat pemain mahupun peminat.

Namun pujian harus diberikan kepada mereka kerana memberi tekanan kepada pihak lawan.

Menurut, pengurus pasukan Omega, Anthony Dennis Senedrin berkata pasukan dari Malaysia sangat kuat dan mereka mempunyai Meta yang serupa dengan pasukan Filipina.

"Mereka mempunyai meta yang sama seperti kami dan di mid game mereka membuat kejutan dengan melakukan serangan demi serangan.

"Itu yang membuatkan mereka berbeza dari pasukan lain dan penggunaan hero mereka sangat bagus dan jelas," katanya.

Perlawanan pertama

Pemilihan hero Fanny Garry dan Maskov Valenz memberikan impak besar dalam perlawanan namun pasuka lawan turut memberikan tekanan dengan hero Beatrix sangat menyakitkan.

Kedua-dua pasukan bermain sangat berdisplin dan fokus kepada objektif.

Sekali lagi kesilapan sama dimana mereka 'mengejar kill' mengakibatkan pihak lawan berjaya meraih kemenangan pertama

Perlawanan antara Orange Esports dan Smart Omega sangat mengujakan.

Perlawanan kedua

Kombo kembar Minn Kadita dan Mann Atlas sangat menyakitkan. Pemilihan hero Fanny Garry sekali lagi dan Karrie Valenz juga memberikan impak besar dalam perlawanan.

Pemilihan hero Esmeralda Born juga mendominasi permainan dengan melakukan rusuhan kepada musuh.

Kini mereka terikat satu sama dan dari segi permainan Valenz lebih bersabar dan tidak melakukan sebarang kesilapan besar kali ini.

Namun pasukan lawan turut memberikan tekanan dengan hero Beatrix tidak dapat berbuat apa disekat oleh Minn Atlas Mann Kadita

Kedua-dua pasukan bermain sangat berdisplin dan fokus kepada objektif.

Perlawanan Ketiga

Orange Esports dihadapan. Kali ini pemilihan hero Pacquito Garyy sering mendapatkan double kill dan Born dengan Esmeralda nya memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Namun begitu, Smart Omega berjaya mendapatkan Fanny dan Karina namun kedua hero itu sukar mengatasi Pacquito.

Orang mendominasi dengan berjaya mendapatkan 3 kali Lord dan mengakhir perlawanan.

Perlawanan keempat.

Savage Kelra Beatrix bantu Smart Omega ikat Orange Esports 2-2.

Satu perlawanan mudah bagi mereka dengan pengunaan Akai Raizen Dan Franco Ch4knu mengubah segalanya.

Orange Esports masih melakukan kesalahan ketika drafting hero dengan membiarkan Franco dan Beatrix.

Perlawanan terakhir.

Ternyata kesalahan pemilihan hero dan menghentikan penggunaan Esmerelda Born kunci utama buat pasukan Omega.

Sukar diramal dan Omega membuat pemilihan hero yang berbeza dari sebelum ini.

Apapun tahniah Orange Esports tumpas bermaruah buat mereka setelah bermain lima perlawanan yang panjang.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram