OUR STREAMERS

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 sebentar tadi dengan Singapura untuk meraih pingat gangsa bagi MLBB di temasya Sukan Sea.

Pasukan Singapura berjaya meraih kemenangan pertama dan pada perlawanan kedua Malaysia pula bangkit untuk mengikat pasukan Singapura 1-1.

Pada perlawanan penentuan, pasukan Indonesia dengan penggunaan meta tank sangat mendominasi perlawanan dan menundukkan pasukan tanah air dan meraih kemenangan.

Pada lewat petang tadi pasukan tanah air menentang pasukan Indonesia untuk menempatkan diri ke final namun bukan rezeki untuk meraih kemenangan.

Pasukan Indonesia mendominasi permainan dari perlawanan pertama dan kedua. Pasukan Malaysia dilihat mengalami masalah untuk membuat kebangkitan dan tidak berdaya menahan kemaraan pihak lawan.

Kegagalan ini pahit untuk ditelan namun semangat pemain yang bermain demi lencana di dada harus diberikan pujian.

Terima Kasih buat pasukan MLBB Malaysia kerana bermain bermatian untuk mengharumkan nama negara.

Hanya 11 minit 11 saat saja diperlukan buat pasukan Malaysia menempatkan diri ke Semi Final Mobile Legends: Bang Bang dengan kutipan empat mata dibelakang pasukan Filipina di Kumpulan A.

Dalam perlawanan itu dilihat keserasian antara Moon dan Xorn sangat luar biasa di mana kombo antara hero Franco dan Vale membuatkan pihak lawan 'mati kutu'.

Seperti biasa kita tahu Cikugais bermain 'jungler' dengan mudah mematikan langkah pihak lawan.

Keputusan rasmi masih belum ada dan kita nantikan siapa lawan kita di Semi Final nanti.

Adakah musuh tradisi kita pasukan Indonesia bakal menjadi lawan kita? Sama-sama kita nantikan!

Pasukan mana dan siapa pun, pasukan kita akan langgar hingga ke akhir pertarungan. Menang kalah adat permainan, tapi pingat pasti dalam genggaman.

Malaysia tidak perlu bermain lama dengan berjaya menumpaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan kedua sebentar tadi.

Pemain Malaysia dilihat bermain dengan lebih baik dan mengutamakan objektif permainan sehingga pihak lawan terpaksa akur dengan kekuatan pasukan tanah air.

Pujian harus diberikan kepada pemain pinjaman Xorn dengan mempamerkan corak permainan yang baik selepas

Mungkin ini yang ingin ditunjukkan kepada mereka yang tidak mempercayai kemampuannya sejak dipilih untuk bersama pasukan Malaysia.

Bagaimanapun, pasukan Malaysia perlu menang satu perlawanan lagi menentang Laos untuk mengumpul 6 mata selepas berputih mata menentang Filipina pagi tadi.

Perlawanan pembukaan dan perlawanan pertama pasukan tanah air kita menentang pasukan Filipina wajar diberikan perhatian.

Tewas dua berbalas kosong pada perlawanan itu, pasukan Malaysia perlu bangkit dan wajib menang dua lagi perlawanan untuk menempatkan pasukan ke peringkat seterusnya.

Perlawanan yang dilihat menjadi kemenangan pertama buat pasukan Malaysia di dalam kumpulan A diragut pasukan lawan dilihat kesilapan disaat akhir perlawanan.

Pada perlawanan pertama, pasukan Malaysia kelihatan garang dengan mendominasi diawal perlawanan walaubagaimanapun dipertengahan perlawanan itu kelihatan mereka sedikit hilang tumpuan.

Namun diakhir babak perlawanan pasukan Malaysia berjaya memberi tentang sengit namun sedikit kesilapan memberikan peluang kepada pasukan lawan untuk meraih kemenangan.

Pasukan Filipina yang bekas juara dunia pada kejuaraan M3 lalu, menghadapi musim terburuk dan tidak layak untuk ke MSC2022 namun jelas dengan kemasukan dua pemain baru memberi sinar untuk Sukan Sea.

Dikatakan pasukan itu tidak mempunyai masa untuk menyesuaikan diri namun dari corak permaianan ditonjolkan mereka sudah menampakkan keserasian.

Pada perlawanan kedua, pasukan Malaysia diberikan tekanan namun mereka bangkit dengan jurang yang tidak terlalu berbeza.

Pasukan Malaysia hampir mendapatkan kemenangan selepas empat hero pasukan lawan tersingkir namun dengan tiada kehadiran 'minion', kita gagal menjatuhkan 'Menara Kristal' dan kebangkitan pihak lawan berjaya menewaskan pasukan tanah air.

Pasukan wanita mana yang bakal bergelar juara UniPin Ladies Series MY/SG musim kedua?

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 19 Mei hingga 4 Jun untuk musim liga pastinya akan menjadi tumpuan peminat MLBB.

Musim kedua ini menampilkan kumpulan hadiah sebanyak RM7,500 lebih dari sebelum ini dan bilangan pasukan yang bakal beraksi turut ditambah dari 16 ke 32 pasukan.

Dikatakan pertandingan ini, perhatian akan tertumpu kepada pemain kerana UniPin sedang berusaha keras untuk menjadikannya sebagai kejayaan mereka yang menyasarkan untuk menjadi liga MLBB Wanita terbesar di Asia Tenggara.

Siri Wanita UniPin MY/SG! Dicipta sebagai satu cara untuk membolehkan dan mempromosikan pemain Mobile Legend: Bang Bang wanita di rantau ini, kejohanan itu akan memberi mereka peluang yang luas untuk menyinar dan berfungsi sebagai batu loncatan dalam kerjaya e-sukan mereka.

Pendaftaran untuk kejohanan akan bermula pada 21 April hingga 10 Mei dan terbuka kepada semua wanita. Kelayakan terbuka kemudiannya akan berlangsung dari 12-14 Mei.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 10 Mei ini dan anda boleh mendaftar di pautan ini.

Pasukan teratas mara ke playoff dari 10-19 Jun. Ia akan menjadi dua bulan penuh MLBB yang penuh aksi!

Pemenang kejohanan itu kemudiannya akan mewakili MY/SG di Kejohanan Serantau UniPin SEACA, di mana mereka akan menentang pasukan dari negara lain untuk merebut gelaran Juara Serantau UniPin SEACA.

Oleh kerana wabak pandemik yang masih berterusan, kejohanan ini akan dilangsungkan secara atas talian, dan akan disiarkan menerusi akaun YouTube, laman FB dan platform TikTok UniPin Malaysia.

Semua perlawanan UniPin Ladies Series MYSG 2022 boleh diakses melalui www.youtube.com/UniPinGaming. Butiran dan maklumat lanjut boleh didapati di www.seaca.gg ataupun di Instagram @unipin_malaysia, @unipincommunity, dan @unipinladiesseries.

UniPin Ladies Series MYSG 2022 ini juga disokong oleh TikTok, rakan kongsi penstriman rasmi serta eGG Network, mStar and Tech Storm, sebagai rakan media sokongan, yang berkongsi nilai dan misi mempromosikan keterangkuman dan kepelbagaian dalam industri esukan.

Empat berbalas satu. Apa yang boleh dikatakan Todak terlalu kuat untuk Orange Esports.

Serangan dan pertahanan Orange Esports berjaya dilumpuhkan Todak dengan corak permainan yang kita tahui mereka sering melakukan kejutan demi kejutan.

Pada perlawanan pertama pasukan Orange Esports bermula dengan garang dan hampir berjaya untuk menumpaskan Todak. Namun kealpaan pemain mereka memberikan ruang dan peluang kepada pemain Todak.

Kesilapan itu digunakan sebaiknya dan pasukan Todak berjaya untuk memenangi perlawanan pertama.

Di perlawanan kedua pula, Orange Esport menguasai perlawanan dengan 17-7 namun mereka melakukan kesilapan apabila membiarkan Cikugais membuat split push dan melepaskan lord kepada Todak.

Todak membuat kejutan 'comeback' untuk mendapatkan kemenangan perlawanan kedua.

Pada perlawanan ketiga pula, Momo Todak beraksi dengan baik dengan memberi kelebihan kepada pasukan Todak untuk memenangi perlawanan ketiga.

Perlawanan penentuan Best Of 7, diperlawanan ke-4 dan pengunaan Ling Cikugais sangat menyakitkan buat pasukan Orange Esports namun kebangkitan mereka untuk mendapatkan kemenangan akhirnya membuahkan hasil.

Di perlawanan ke-5, perlawanan mata kejuaraan Todak tidak memberikan peluang kepada Orange Esport dan menamatkan kemenangan dengan memberi tentangan kepada pihak lawan.

Tahniah kepada Todak dan tahniah juga buat pasukan Orange Esport yang berjaya melayakkan diri ke MSC2020.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram