OUR STREAMERS

Yoodo sekali lagi bekerjasama dengan PUBG Mobile menganjurkan PMCC edisi 2021 dengan hadiah keseluruhan RM60,000 untuk dimenangi.

Yang lebih menarik adalah juara turut mendapatkan slot wildcard untuk penyertaan automatik ke PUBG Mobile National Championship (PMNC) 2022.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata pemain akan bertarung dalam pertempuran maya yang penuh aksi untuk merebut hadiah wang terkumpul dan ini memberi peluang kepada pelajar yang menyertai dapat merasakan perlawanan secara kompetitif dengan pasukan dari campus lain.

Pelajar akan bertarung dalam di medan pertempuran melalui sesi kelayakan yang akan berlangsung di antara 30 Oktober sehingga 14 November 2021.

“Kami berbesar hati dapat melancarkan PMCC 2021 bersama PUBG MOBILE dan rakan-rakan rasmi untuk menyokong bakat muda tempatan,” katanya.

PMCC tahun ini juga menyaksikan Caster Search Yoodo yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada 2020 kembali pada tahun ini.

Inisiatif ini memberi peluang kepada para pengulas yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan kemahiran mereka dan memulakan karier masing-masing dalam bidang e-sukan, dan dalam masa yang sama turut menyokong matlamat utama Yoodo untuk memupuk bakat rakyat Malaysia.

Yoodo turut menyokong bakat tempatan dengan pencarian duta kampus PMCC 2021.

"Pelajar-pelajar berbakat yang memenuhi ciri-ciri sebagai ikon PMCC 2021 boleh menghantar penyertaan melalui video pengenalan untuk disenaraikan,"katanya.

Pendaftaran untuk PMCC 2021 kini dibuka. Para pelajar boleh mendaftar disini.

Sementara itu, Chow Tuck Mun berkata pihaknya sebagai penyokong serius industri e-sukan di Malaysia, Yoodo sentiasa mencari peluang untuk membangunkan industri tempatan bersama pasukan-pasukan dan kejohanan-kejohanan di luar sana.

"Kami mengumumkan penerusan kerjasama bersama Moonton dan kerjasama baharu bersama RSG MY untuk membangunkan dua pasukaN, Yoodo RSG MLBB dan Yoodo RSG COD.

"Sesiapa yang mengikuti perkembangan e-sukan tempatan dalam tempoh beberapa tahun lepas semestinya mengetahui bahawa kami sangat aktif dalam industri ini,
" katanya.

Menurutnya, masa depan e-sukan di Malaysia kelihatan cerah. Pandemik ini tidak menjadi halangan untuk aktiviti-aktiviti e-sukan kerana kita dapat melihat pasukan baharu ditubuh dan lebih banyak syarikat dan pertubuhan yang melabur dalam kejohanan-kejohanan e-sukan.

"Yoodo percaya komuniti e-sukan bukan sahaja perlu disokong melalui wang ringgit. Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran pada tahun lepas, e-sukan masih berkembang maju dan Yoodo akan terus membangunkan dan menyokong komuniti e-sukan di Malaysia," katanya.

Seperti yang Chow Tuck Mun sebelum ini, Yoodo memberi fokus terhadap mencari dan menggilap bakat-bakat tempatan dalam semua segmen termasuk e-sukan.

Prestasi Pasukan Yoodo RSG MLBB

Menurutnya, pemain menunjukkan prestasi yang baik dan sentiasa komited pada setiap kojohanan yang mereka tempuhi.

"Apa yang saya boleh katakan mereka bermain dengan baik walaupun ada peminat sedikit hampa dengan pemain namun ia bukan satu petanda pasukan ini tidak bagus.

"Sebagai peminat kita perlu menyokong setiap pasukan yang bertanding dan menang kalah itu adat permainan," katanya.

Isu Gangguan Seksual Dalam e-Sukan

Menurutnya, isu ini sangat sensitif dan perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam kalangan pemain mahupun peminat.

"Kehadiran Yoodo dalam industri ini untuk membantu memupuk persekitaran esports yang selamat dan gangguan yang berlaku terhadap pemain ini tidak sewajarnya berlaku,
"katanya.

Yoodo bakal lancar 5G awal tahun depan

Yoodo sememangnya sudah dikenali sebagai syarikat telekomunikasi utama bagi e-sukan. Dengan 5G, kami dapat memberikan pengalaman permainan serta tontonan yang lebih baik kepada pelanggan kami yang meminati eSukan.

"Penawaran e-sukan kami juga selari dengan tawaran produk sedia ada. Salah satu ciri-ciri unik yang ditawarkan Yoodo adalah 'Add-On' yang merangkumi pelbagai kategori aplikasi seperti media sosial, hiburan dan sudah semestinya e-sukan.

"Pemain e-sukan boleh membeli tambahan 20 gigabait (GB) untuk permainan tertentu pada harga yang sangat rendah, bahkan secara percuma," katanya.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram