OUR STREAMERS

Banyak kejutan berlaku di saat pintu perpindahan hampir tamat dan inilah kelainan yang peminat inginkan apabila MPL-MY S8 hampir menutupkan tirainya.

Kejutan demi kejutan guys, Xray menyertai Geek Fam pada saat akhir jendela perpindahan ditutup. Adakah ini satu 'Petanda' Geek Fam tidak akan memberi ruang kepada pasukan lain dan meneruskan penguasaan dalam kumpulan B.

Kejutan juga dari Mom yang sebelum ni dari pasukan RSG MY, kini berada dalam Team Bosskurr.Adakah Mom akan beraksi dalam perlawanan pertamanya bersama Team Bosskur?

Perubahan pemain untuk minggu ini.

Kemasukkan Wynn dan Eshaa ke dalam Team SMG.
Kemasukkan TikTok ke pasukan RSG MY.
Ucapkan ribuan Terima Kasih kepada Deto dari Team SMG.

Carta Kedudukan Musim Liga

Perbezaan antara mata top 2 pasukan dalam pasukan B antara Todak dan Geek Fam hanya satu mata. Persaingan merebut tangga teras dalam pasukan B sangat dramatik di mana pasukan Homebois yang kini berada di tempat ke 3 hanya dua mata berbeza mampu membuat kejutan pada pasukan top 2.

Bagi kumpulan A pula, persaingan antara Orange Esport dan Team SMG hanya berbeza satu mata dalam perebutan tangga pertama dalam kumpulan.
Bekas juara RSG MY pula kini berada ditempat ketiga selepas persembahan kurang memberangsangkan namun adakah dengan kemasukan MOM ke RSG MY mampu memberikan sinar untuk pasukan mereka?

Jadual Perlawanan Minggu ke-7

MPL MY liga musim yang ke-8 kini sudah hampir ke penghujungnya.
Bagaimana perasaan RSG MY dan Team Bosskurr untuk pertemuan mereka kali ini?
Jadual:
⏰ 3:00PM | SDGR EA EBLZ VS TODAK
⏰ 5:00PM | RSG MY VS TEAM BOSSKURR

MPL MY musim liga kini di hari kedua pada minggu yang ke-7!
Mampukah TEAM SMG menjatuhkan pasukan Todak di perlawanan harini ??
Jadual:
⏰ 1:00PM | SDGR EA EBLZ VS HOMEBOIS
⏰ 3:00PM | TEAM SMG VS TODAK
⏰ 5:00PM | ORANGE ESPORTS VS RED ESPORTS

Hari terakhir untuk minggu yang ke-7!
Penutup perlawanan hari ini adalah di antara pasukan RSG MY dan Geekfam! Siapa yang bakal membantai siapa??
Jadual:
⏰ 1:00PM | ORANGE ESPORTS VS HOMEBOIS
⏰ 3:00PM | SUHAZ ESPORTS VS TEAM BOSSKURR
⏰ 5:00PM | RSG MY VS GEEKFAM

Minggu 3 MPLMYS8 mempamerkan sesuatu luar biasa di mana kesemua pasukan mempamerkan aksi cemerlang mereka untuk berada dikedudukan terbaik dalam kumpulan.

Hari Terakhir Minggu Ke-3

Pada hari ketiga minggu ketiga, kita menyaksikan dua perlawanan tumpuan antara Todak vs Geek Fam dan Homebois vs Team Bosskurr.

Perlawanan antara Todak menentang Geek Fam menyaksikan pasukan Geek Fam mengawal pada awal permainan. Di mana kelihatan pasukan Geek Fam sangat mendominasi diawal permainan namun pasukan Todak menunjukan corak permainan luar biasa mereka apabila mendapatkan item terdahulu ditengah permainan.

Pada lewat perlawanan menyaksikan Cikugais semakin agresif dengan penggunaan hero yang menampilkan corak permainan yang agresif seperti kita ketahui.

Dalam draft pick team Todak membiarkan hero Chow diambil oleh Xorn Geek Fam pada perlawanan pertama dan kedua namun, kelihatan pemain Todak tidak gentar terhadap pemilihan Xorn Geek Fam.

Todak menang bergaya 2-0 pada perlawanan itu.

Perlawanan antara adik abang Homebois vs Team Bosskurr turut menjadi tumpuan di mana kedua pasukan bertarung dengan sangat agresif dan menarik.

Antara aksi tumpuan di mana Sonic dengan menggunakan Ling melakukan tugas dengan baik apabila pada perlawanan kedua, dia mengucar-kacirkan pihak lawan dengan bergerak 'split push' menyerang turet musuh.

Sehingga berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mendapat MVP pada perlawanan itu.

Namun pada perlawanan penentuan, Chibi Homebois tidak memberi peluang kepada Team Bosskurr dan mendapat kemenangan serta memperoleh MVP.

Hari Ke-2 Minggu Ke-3

Hari kedua pula, menyaksikan Suhaz Esport tidak memberi peluang kepada pasukan ELBZ untuk memperoleh kemenangan pertama mereka. Mampukah pasukan ELBZ mempamerkan sesuatu pada perlawanan akan datang?

Perlawanan kedua Suhaz mempamerkan dua Mage Pharsa di gold lane dan Harley mid lane satu meta yang sangat menarik ditonjolkan dari pasukan Suhaz dan memperoleh kemenangan.

Pertembungan antara RSG dan SMG juga menyaksikan kedua-dua pasukan ingin menang namun dengan aksi luar biasa pasukan RSG menampakkan jurang antara kedua pasukan itu.

RSG berjaya menewaskan SMG dengan 2-0 menampakkan pasukan RSG ini kelihatan sangat kuat dalam kumpulan A.

Hari Pertama Minggu ke-3

Hari pertama minggu ketiga dimana Suhaz Esport mudah menundukkan Team SMG dengan kemenangan 2-0. Team SMG gagal untuk mengekalkan momentum mereka pada minggu kedua.

D Ace Suhaz pada perlawanan kedua sangat agresif dengan menggunakan Jawhead mengakibatkan pemain SMG tidak mampu berbuat apa-apa.

Pertembungan antara Homebois dan Red Esport menyaksikan Homebois kelihatan terlalu kuat untuk pasukan Red. Chibi Homebois seperti biasa menunjukkan corak permainan yang mantap dan debut IjatOjang Homebois menunjukkan dia seorang pemain yang perlu diberi perhatian.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dari kami di semua platfom sosial media untuk perkembangan terkini MPLMYS8.

Merdeka!. Itulah laungan merdeka dari KOL terkenal Mohd Fariz “Soloz” Zakaria yang menjadi suara pada emote Badang apabila berkolaberasi bersama Moonton bagi menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.

Ini menandakan Mobile Legends: Bang Bang emote pertama yang menampilkan Bahasa Melayu (BM) dalam permainan, disuarakan oleh Soloz.

Emote Badang dengan laungan MERDEKA! (SOLOZ)

Menurutnya, dia tidak percaya dengan perkara ini pada awalnya selepas pihak Moonton menyatakan hasrat untuk menggunakan suaranya bagi emote Badang simbolik dengan Malaysia.

"Rasa gembira kerana menjadi orang pertama dalam Malaysia untuk melakukan suara pada emote Badang dan melaungkan Merdeka.

"Terima kasih Moontoon kerana memberi peluang kepada saya dan yakin dengan suara saya untuk emote Badang," katanya.

Menurutnya, Badang adalah kerekter pahlawan dahulu dan mempunyai fizikal susuk tubuh yang sasa dan suara yang perlu dihasilkan perlu keras.

"Pada mulanya rasa macam tidak kena suara saya dengan Badang, namun selepas mendapat kata-kata semangat dari Daddyhood dan rakan lain. Saya buat yang terbaik.

Soloz berkata dia mengambil masa 10 ke 15 minit untuk membuat rekod terhadap suara latar itu.

"Laungan Merdeka sekali saja tetapi mengambil masa agak lama kerana perlu pengamatan yang tepat bagi melaungkan dengan penuh semangat," katanya.

Soloz berkata, untuk mendapatkan emote, pemain perlu log masuk ke Mobile Legends: Bang Bang Bang selama lima hari - bermula dari 26 Ogos hingga 1 September.

"Saya tidak sabar untuk menonton penggemar spam atau menggunakan emote semasa perlawanan. Ini adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk menyuarakan emote, dan saya berharap peminat Mobile Legends: Bang Bang Malaysia untuk mendapatkannya".

Ekspresi dinamik menampilkan wira negara Malaysia, Badang, mengibarkan bendera negara yang akan datang dengan pita biru dan merah yang terbang tepat di sekelilingnya.

U Mobile julung kalinya melancarkan program unik iaitu ‘U Mobile University Awards 2021’, di mana untuk memberi penghormatan dan penghargaan kepada Universiti dan kakitangan di kampus.

Program ini akan berlangsung dari Mei sehingga November 2021 dan mempunyai 2 kategori, iaitu Universiti Penyokong Terbaik dan Penyokong Pegawai Terbaik.

Satu universiti dari setiap zon akan berpeluang untuk memenangi kategori tersebut.

Kategori 1 - Universiti Penyokong Terbaik (5 Pemenang)
Johan X 1: Hadiah Wang Tunai RM2,300, Baucar Membeli-belah RM500 & 1 X Viewsonic
Skrin Monitor bernilai RM1,200
Naib Johan X 4 : Hadiah Wang Tunai RM2,000 & Baucar Membeli-belah RM500

Kategori 2 - Penyokong Pegawai Terbaik
Pemenang X 5: Baucar Membeli-belah RM200

Menurut, Pengurus Kanan Segmen Pemasaran, Mimi Wong berkata dia berharap pihak Universiti akan berasa teruja dalam meraih penghargaan UUA yang bertujuan memberi penghargaan kepada Universiti dalam menyokong pelajar mereka.

"Penghargaan ini kepada kakitangan yang turut membantu mempromosikan kejohanan ini dan memberi sokongan kepada pelajar mereka semasa bertanding untuk memenangi kejohanan tersebut,".

(Bagi Universiti yang berminat, sila kunjungi U Mobile MLCC Facebook atau hubungi 012-9132429 untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut).

The battle against the pandemic has been tipping more to our favour lately, and the success of the most prestigious world championship for Mobile Legends: Bang Bang, the M2 World Championship, is evidence of that feat. It was the first-ever international esports event to take place successfully this year.

M2 enjoyed more than 136 million views across the world on eight live streaming platforms and two broadcast stations, including eGG Network (how can we not be included?), Facebook, Youtube Gaming, Nimo TV, TikTok, and Twitch. The MLBB world series had a total watch time of 42 million hours, and a reach that exceeds 500 million, making M2 the most-watched mobile esports tournament ever, according to Esports Charts.

Though the PUBG Mobile Global Championship Season Zero (PMGC 2020) had 3.8 million peak viewership, Daria Belous of Esports Charts explained that "mainly because it counted in-game spectators who collected prizes (in the) in-game client." More details on this will be shared by Esports Charts in the near future.

M2 is also the second most watched esports tournament, right behind Worlds 2020.

The most popular match of M2 was the finals - Burmese Ghouls vs Bren Esports, with as many as 3,083,245 peak concurrent users watching the epic finale, a 353% increase from last year's. After all, both of them had the highest hours watched during the competition.

M2 was held in Singapore, where 12 of the world's best MLBB teams battled for the US$300,000 prize pool, with Bren Esports laying waste to everyone and claiming the championship title.

M2 was organised by MLBB developer/publisher Moonton, and its resounding success was also made possible by their partnership with Singapore’s Cybersports and Online Gaming Association (SCOGA) and the Singapore Tourism Board (STB).

For more details on M2's viewership, check out the Esports Chart website.

In the meantime, the next season of the MLBB Professional League Malaysia (MPL-MY) will arrive very soon on 12 March. Here's every team competing in MPL-MY Season 7.

Related: M2 Documentary Chronicles the MLBB Event From Start to Finish

https://www.youtube.com/watch?v=TFzkbos0oeo

Announced last week, it's finally here. League of Legends for smartphones aka Wild Rift is finally in open beta. For those of you in Malaysia, Indonesia, Japan, the Philippines, Singapore, South Korea, Thailand, Brunei, Cambodia, Laos, Myanmar and Timor-Leste can now download the game on your smartphones and join in the fun that's been going on earlier this year! With many more regions to come in 2020 and 2021, don't feel left out if your country isn't listed above, you can expect access to reach you soon enough.

Even though the game is only in beta, it looks extremely polished and runs very well. I've been part of the closed beta and all I can say is, LoL and MOBA fans are going to be very pleased with this release. Like Legends of Runeterra, it runs well, controls are tight, graphics are great, and in-app purchases are kept to a minimum (a big plus in my books!).

To download the game, visit the Google Play Store (Android) or the iOS App Store (iOS) depending on your device. For more information on the game, visit the official website or Facebook page.

Remember to stay tuned to eGG Network for all the latest news and updates on Wild Rift!

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram