OUR STREAMERS

Empat berbalas satu. Apa yang boleh dikatakan Todak terlalu kuat untuk Orange Esports.

Serangan dan pertahanan Orange Esports berjaya dilumpuhkan Todak dengan corak permainan yang kita tahui mereka sering melakukan kejutan demi kejutan.

Pada perlawanan pertama pasukan Orange Esports bermula dengan garang dan hampir berjaya untuk menumpaskan Todak. Namun kealpaan pemain mereka memberikan ruang dan peluang kepada pemain Todak.

Kesilapan itu digunakan sebaiknya dan pasukan Todak berjaya untuk memenangi perlawanan pertama.

Di perlawanan kedua pula, Orange Esport menguasai perlawanan dengan 17-7 namun mereka melakukan kesilapan apabila membiarkan Cikugais membuat split push dan melepaskan lord kepada Todak.

Todak membuat kejutan 'comeback' untuk mendapatkan kemenangan perlawanan kedua.

Pada perlawanan ketiga pula, Momo Todak beraksi dengan baik dengan memberi kelebihan kepada pasukan Todak untuk memenangi perlawanan ketiga.

Perlawanan penentuan Best Of 7, diperlawanan ke-4 dan pengunaan Ling Cikugais sangat menyakitkan buat pasukan Orange Esports namun kebangkitan mereka untuk mendapatkan kemenangan akhirnya membuahkan hasil.

Di perlawanan ke-5, perlawanan mata kejuaraan Todak tidak memberikan peluang kepada Orange Esport dan menamatkan kemenangan dengan memberi tentangan kepada pihak lawan.

Tahniah kepada Todak dan tahniah juga buat pasukan Orange Esport yang berjaya melayakkan diri ke MSC2020.

Siapa yang bakal bergelar juara MPLMYS9? Todak dan Orange Esports kedua-dua pasukan sudah menempatkan diri ke MSC2022 yang bakal berlangsung Jun ini.

Namun siapa yang bakal menjadi juara MPLMYS9 masih lagi menjadi tanda tanya. Pasukan Todak kita ketahui gemarkan bermain secara 'Comeback' dan pasukan Orange Esports pula menunjukkan aksi yang memberangsangkan sejak minggu terakhir musim liga sehingga berjaya ke Grand Finals Playoffs.

Ramalan dari para pengulas pula dilihat setara dengan masing-masing mengundi pilihan mereka.

Dengan kemeriahan penonton dan peminat kedua-dua pasukan sangat luar biasa. Ada yang datang dari jauh dan ada juga yang sanggup datang semata-mata untuk menyaksikan secara langsung.

Siapa bakal bergelar juara? Jangan lupa untuk sentiasa bersama dengan eGG Network untuk mengikuti perkembangan terkini.

Hari pertama Playoffs MPLMYS9, dipenuhi kejutan demi kejutan apabila dua pasukan Homebois dan RSG Malaysia tersingkir dari Playoffs MPLMYS9, semalam.

Pertembungan antara Caracal dan Homebois, dua pasukan yang menginginkan kemenangan bagi membuktikan pasukan mereka layak untuk berada dipentas playoffs.

Pasukan Caracal membuktikan mereka layak untuk meneruskan perlawanan apabila menewaskan pasukan Homebois 2-0.

Pemain Homebois seakan tidak mampu walaupun cuba bangkit diperlawanan kedua bagi mengekang kemaraan peenguasaan pasukan Caracal.

Pasukan RSG Malaysia juga menerima nasib yang sama apabila tumpas kepada pasukan Orange Esports 2-0.

Kebuntuan pemain RSG jelas terlintas apabila gagal untuk mengekang kemaraan pasukan pihak lawan.

Pemain Orange Esport sepertinya telah menjumpai rentak mereka sejak minggu akhir musim liga baru-baru ini.

Pasukan mana akan meneruskan perjalanan mereka dan pasukan mana akan menerima nasib malang seperti Homebois dan RSG Malaysia.

Pastinya anda peminat MPLMYS9 tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan hari pertama Playoff MPLMYS9 yang bakal membuka tirainya.

Tiga perlawanan diantara enam pasukan bakal mengamitkan suasana pada esok hari dengan kedatangan peminat dan penonton di Quill City Mall.

Dua perlawanan di braket bawah akan bermula pada jam 1.30 petang di antara Homebois dan Caracal, perlawanan kedua antara Orange Esport dan RSG Malaysia pada jam 4.30 petang dan perlawanan braket atas antara Todak dan SMG pada jam 8.30 malam.

Perlawanan braket bawah antara Homebois dan Caracal sudah semestinya menjadi tumpuan apabila dua pasukan ini sudah semestinya tidak mahu pulang awal dan akan bermain bermatian untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Bagi pasukan RSG Malaysia sudah pastinya mereka menginginkan kemenangan namun dengan prestasi Orange Esports pada minggu terakhir musim liga harus diberi perhatian.

Di braket atas pertembungan antara Todak dan SMG sudah semestinya menjadi tumpuan kerana pertembungan sebelum ini Todak tewas dengan SMG.

Adakah ini perancangan Todak untuk tewas dan bermain di braket bawah?

Tamat sudah musim liga MPLMYS9 di mana berlakunya kejutan demi kejutan sudah pasti akan diingati peminat Mobile Legends: Bang Bang.

Yang paling akan diingati adalah pasukan Geek Fam tersingkir dari playoffs dan ini merupakan kali pertama mereka tidak dapat meneruskan perjuangan mereka sejak dari musim kedua sehingga musim ini.

Prestasi mereka musim ini agak mengecewakan dengan berlaku drama panas terhadap pasukan mereka juga sedikit sebanyak dipercayai menganggu tumpuan mereka.

Jelas terpancar kekecewaan dari wajah pemain Geek Fam pada perlawanan terakhir mereka semalam walaupun menang 2-0 terhadap pasukan SMG.

Adakah ini petanda pasukan Geek Fam bakal melakukan rombakkan besar-besaran pada musim hadapan?

Selepas perlawanan semalam Maima ditanyakan soalan mengenai situasi Geek Fam dan memohon maaf pada peminat mereka kerana tidak dapat meneruskan ke Playoffs.

Maima turut menyatakan tiadanya pemain lama seperti Dominus dan Xorn Geek tiadanya pemain baru. Mungkin ini adalah era baru bagi pasukan Geek Fam.

Sementara itu, bagi pasukan yang terpalit kontroversi sebelum ini MAB Esports, mereka sudah melakukan sedaya upaya mereka untuk berada di MPLMYS9.

Mungkin kerana kurang pengalaman untuk bersaing pada MPL pada kali pertama, namun pujian harus diberikan kepada mereka kerana bersaing.

Adakah anda sudah bersedia untuk MPLMYS9 Playoffs pada 22-24 April ini.

Keterujaan semakin terasa apabila musim liga bakal melabuhkan tirainya minggu ini dan pasukan mana yang akan melangkah ke peringkat Playoffs.

Juara Mplmys8, Team SMG membuktikan mereka adalah pasukan yang perlu diberi perhatian oleh pasukan lain selepas menewaskan Red Esports 2-0.

Tertanya Team SMG ingin membuktikan mengapa mereka layak bergelar juara pada musim lepas dan pada musim kini mereka masih mengekalkan 'sengatan' seperti musim lepas.

Bagi Orange Esport pula, mereka sedang mencuba mencari peluang untuk melayakkan diri ke Upper Bracket Group A dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Team Caracal!

MVP untuk minggu ini juga diberikan kepada pemain Orange Esports, Minnn Gaming dengan gelaran “Forgotten One”, dia juga berjaya mendapatkan KDA keseluruhan sebanyak 1/14/39!

Ternyata pasukan RSG Malaysia tidak mahu mengambil risiko apabila mengekalkan rentak kemenangan mereka dengan berjaya menewaskan HomeBois 2 - 1.

Buat HomeBois pula, mereka masih berpeluang untuk ke playoffs dalam pertarungan empat hala bersama Orange Esports, Suhaz Esports dan MAB Esports! Mampukah mereka untuk berada dalam playoff nanti? Sama-sama kita nantikan.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram