OUR STREAMERS

Selepas berjaya menumpaskan 16 pasukan lain dan memperoleh 2 chicken dinner dan 111 mata pada PMCC21, pastinya bidikan pada (PMCC SEA) 2021 pula menjadi sasaran.

Para peminat PUBG Mobile menyaksikan kemuncak Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021 apabila PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah berjaya membidik dan menewaskan pasukan lain sekaligus merangkul gelaran pasukan PUBG Mobile terbaik bagi peringkat kolej! PMCC 2021.

Ketua Yoodo, Tuck Mun berkata, pihaknya sangat teruja dengan sambutan hebat yang diterima PMCC daripada pemain dan peminat.

"Dengan sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif esukan yang menarik pada masa hadapan.

"Kami tidak sabar untuk menonton aksi tiga pemenang PMCC 2021 tidak lama lagi!”

PMS Phantom bersama pemenang tempat kedua UniKL.Nova dan ketiga UBMI.Esport dari Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology dan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute PMCC 2021 akan mewakili Malaysia pada PMCC SEA 2021, di mana mereka akan bersaing bersama pasukan kampus PUBG Mobile dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sementara itu, PMCC 2021 turut menampilkan Pencarian Pengulas untuk penyampai terbaik, Mohd Izzat Najmi bin Safie (Xenpai) dari Universiti Malaysia Perlis dan Mohammad Adib Adam bin Mohammad Nawawi (Dibo) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, berjaya memenangi pencarian tersebut.

Selain itu Yoodo turut memperkenalkan pencarian wajah PMCC 2021 melalui pencarian Duta Kampus dan Nurul Zulaikha Najwa binti Aminuddin Zaki (Juju) dan Nur Shameerina Asifa binti Mohammad Shamsul (Curry), kedua-duanya dari Universiti Kuala Lumpur, telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pencarian tersebut.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram