OUR STREAMERS

"Hahagus masih caoch kami dan tiada siapa yang dapat menggantikan Hahagus," luah Soultan apabila ditanyakan soalan berkenaan jika ada perancangan mengambil coach baru untuk mengantikan Hahagus yang kini mengalami masalah kesihatan.

Satu majlis bacaan Tahlil secara maya oleh kelab peminatnya yang diadakan jam 9 malam semalam di mana ratusan peminat mendoakan agar Hahagus kembali pulih seperti biasa.

Namun, keadaan paru-parunya yang tidak berada dalam keadaan baik mengakibatkan dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh pada malam itu juga.

Difahamkan, Hahagus terpaksa ditidurkan akibat keadaan paru-parunya dalam keadaan tidak begitu baik.

Menurut Soultan, memang ada kelopongan yang berlaku dengan ketiadaannya namun semua pemain perlu fokus pada PMPLMY/SG S4 yang akan bermula tidak lama lagi.

"Situasi sekarang berbeza dengan keadaannya yang kurang sihat dan seperti maklum tugasan saya menganalisa corak permainan pemain dengan ketiadaannya saya akan membantu dari pelbagai aspek.

Soultan berkata, dia sentiasa berada di Gaming House memantau tindak tanduk pemain dan sentiasa ada dengan mereka.

"Kami amat tagih khidmatnya yang sebelum ini sentiasa menjaga fizikal dan emosi pemain agar lebih fokus dengan tujuan dan matlamat pasukan ini.

"Jika ada yang tidak betul dia akan menegur dan ketegasannya itu membuatkan pemain lebih matang untuk melakukan sesuatu tindakan," katanya.

Menurut ManParang dengan ketiadaan coach dia akan mengambil tugas dan pemilihan pemain dan menilai prestasi pemain.

"Saya dan Soultan banyak berbincang dan menukar pendapat bagi mendapatkan keserasian dan corak permaianan kami yang mendatang," katanya.

Katanya, kami dan semua penyokong Sem9.Gank akan sentiasa berada dibelakang Hahagus dan memberi semangat serta doa bagi dirinya melawan Covid-19.

eGGNetwork sentiasa mendoakan agar Hahagus terus kuat dalam melawan Covid-19 dan pulih seperti biasa.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram