OUR STREAMERS

UniPin SEACA 2021 secara rasmi membuka tirai peringkat kelayakannya di Malaysia dengan Kejohanan Awam Kelayakan UniPin SEACA 2021, kelmarin.

Difahamkan, sebanyak 144 pasukan 'berentap' untuk mewakili Malaysia di peringkat akhir yang akan diadakan pada November ini di Jakarta, Indonesia. Kejohanan Awam Kelayakan UniPin SEACA 2021 Malaysia akan diadakan secara dalam talian dari 23 hingga 25 Jun 2021 dan 27 Jun untuk perlawanan akhir.

Wakil Presiden Kanan UniPin Community Indonesia Debora Imanuella menyatakan bahawa inisiatif untuk Ladies Tournament tahun ini adalah usaha UniPin untuk menyokong pertumbuhan esports, terutama wanita di Malaysia.

"UniPin melihat terdapat jurang peluang antara pemain lelaki dan wanita dari segi pertandingan dan cara untuk memaksimumkan potensi mereka.

"Kali ini di peringkat kelayakan negara, juga memberi peluang kepada pemain wanita untuk turut serta secara langsung bersaing di samping rakan lelaki mereka,"katanya.

Kualifikasi UniPin SEACA 2021 Malaysia turut menyediakan 'Ladies Tournament' yang berasingan. Pertandingan Wanita akan bermula pada 1 dan 2 Julai dan peringkat akhir 4 Julai.

Beberapa pasukan profesional yang terdapat dalam senarai termasuk RSG, EVOS VIP, FANX MY, FARANG ESPORTS, MIRI MOB ESPORTS, DINGOZ JR, NSEA, dan RHG RHINO. Pasukan-pasukan ini mungkin memiliki peluang yang lebih besar untuk mendominasi persaingan, tetapi pasukan lain mungkin menunjukkan kemahiran dan persembahan yang tidak dijangka.

Sementara itu, Pengarah UniPin Malaysia Marcus Sua berkata pihaknya komited dalam meningkatkan tahap persaingan yang dibawa ke SEACA setiap tahun.

"Mengadakannya secara dalam talian bukanlah halangan. Kami optimis bahawa kejohanan dalam talian akan menarik lebih ramai penonton kerana mereka dapat menyaksikan pasukan esports negara bersaing secara langsung.

"Dua pemenang akhir Kejohanan Awam tidak hanya berpeluang menunjukkan kemahiran mereka di peringkat antarabangsa. Malah, mereka juga akan membawa pulang hadiah keseluruhan sebanyak RM5,000," katanya.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram