
Telur Mata Cup: Jatuh Bangun Sang Juara GCK Artec
Siapa sangka pasukan eSports dari negeri dibawah bayu, GCK ARTEC mampu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya dinobatkan sebagai juara di Kejohanan Komuniti, Telur Mata Cup, baru-baru ini.
Sebagai pemenang, mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000 dan terus mendapat jemputan ke Sanhok Zone Finals PUBG Mobile National Championship (PMNC) Malaysia 2021.

GCK Artec terdiri dari lima pemain GCKFallenNX, Ag Nizam Abbas, GCKBush1, Azray Sanip, GCKItenz, Mohd Azri Azizan, GCKRainbow, Suhaili Rosmin dan GCKOricle, Syamim.
Ketua pasukan, GCKFallenNX, Ag Nizam Abbas berkata menyertai TMC ini adalah peluang kedua buat pasukannya untuk melayakkan diri ke PMNC.
"Ternyata ianya satu pencapaian yang terbaik untuk tahun 2021 dan sangat teruja apabila berjaya mendapat jemputan ke Sanhok.
"Kami berusaha kuat untuk memenangi pertandingan ini, Alhamdulillah, segala usaha kami terbukti apabila menjuarai TMC ini.
Menurutnya, banyak kesukaran mereka terpaksa lalui dari segi kewangan dan mendapatkan talian Internet yang bagus untuk menghadapi perlawanan.

"Ada diantara kami berada di 'GAMING HOUSE' dan ada yang berada di rumah sendiri kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).
"Agak sukar untuk kami sebenarnya, kerana ada rakan kami menghadapi tiada bekalan elektrik 'blackout' ketika dalam perlawanan. Ia menganggu konsentrasi kami, namun kami menganggap itu sebagai cabaran," katanya.
Selain itu, rakan pasukannya, GCKRainbow turut menjadi perhatian apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada perlawanan akhir dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,600.
Ditanyakan, ke mana hala tuju pasukan GCK ARTEC selepas TMC ini dan ini jawapanya.
"Kami akan fokus pada PMNC dan kepada pasukan lain 'GCK ARTEC IS BACK'. Kejutan demi kejutan akan kami tunjukkan pada perlawanan itu nanti," katanya.
Berlatar belakang dari keluarga susah, kelima-lima anak muda ini tidak pernah mengambil jalan mudah dan sentiasa memperbaiki diri agar lebih maju demi mengharumkan nama keluarga.

"Kami ingin buktikan kepada orang luar yang suka memikirkan menjadi pemain eSport ini tiada masa depan adalah salah.
"Masih ramai pemain yang berbakat cuma tiada saluran yang tepat untuk mereka ketengahkan bakat yang ada,"katanya.

Untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai PUBG Mobile esports, jangan lupa untuk ikuti eGG Network di Facebook, Instagram and Twitter.