OUR STREAMERS

TMC2022: ANTI CIRCLE JUARA TMC2022 BAWA PULANG RM20,000!

Posted by Nadzreen on December 6, 2022

Penantian siapakah pemenang bagi Kejohanan Telur Mata Cup 2022 (PUBGM) terjawab apabila ANTI CIRLE diumumkan sebagai juara dengan mengetepikan 16 pasukan lain.

Mirza Lemin Ahmad Kamal, (KIM), Shah Rizuan Muhammad Shaai, (SUPERBOI), Muhammad Fakhrul, dan Zulhari Ikmal mendakwa mereka tidak menjangkakan untuk menjuarai pertandingan ini.

"Perasaan saya biasa je, sebab saya pun tak biasa menang." Itulah yang diluahkan oleh Superboi yang ditanyakan perasaan mereka apabila memenangi pertandingan itu.

Mereka berjaya membawa pulang RM20,000 dari RM50,0000 hadiah keseluruhan dan juga tiket ke PMNC minggu hadapan.

"Target kami untuk top 4 dan untuk kami mendapatkan tempat top 7 itu boleh terjadi kerana kami pernah bermain bersama pasukan lain sebelum ini. Kami mempunyai strategi kami sendiri," katanya.

Mereka mendakwa gembira dan ingin memberikan kejutan pada pasukan yang bakal beraksi di PMNC nanti.

"Saya gembira sebab dapat bawa mereka sehingga tahap ini dan harapan kami di PMNC nanti ke PMPL akan datang," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)