OUR STREAMERS

TMC2022: LEBIH 600 PASUKAN SUDAH MENDAFTAR DAN ANDA MASIH BERPELUANG!

Posted by Nadzreen on November 15, 2022

Berbaki empat hari lagi untuk pendaftaran Telur Mata Cup 2022 ditutup dan kini sudah 600 pasukan sudah berdaftar.

Anda tidak mempunyai pasukan? Jangan risau kerana anda juga boleh mendaftar secara solo dan kami akan mengaturkan satu pasukan buat anda untuk mengharungi pertempuran pada TMC2022.

Mengapa anda perlu menyertai TMC2022? Ini kerana peluang anda untuk bergelar juara sangat cerah dimana hanya pasukan amatur sahaja yang dibenarkan menyertai.

Penganjuran pada tahun lepas menyaksikan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000 dan pada tahun ini kelainan bakal berlaku apabila TMC2022 menawarkan hadiah terkumpul RM50,000 serta dua tiket ke PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022.

Jika anda masih belum mendaftarkan pasukan lakukan dengan segera kerana berbaki empat hari sahaja lagi.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)