OUR STREAMERS

WPC: HomeGirls 'Juara' Woman Professional Championship !

Posted by Nadzreen on November 15, 2022

Misi balas dendam antara HomeGirls terhadap Rose Ophelia tercapai apabila berjaya menumpaskan mereka 3-2 dalam perlawanan Grand FInals PWC baru-baru ini.

Pertembungan mereka seperti ulangan 'El-Clasico' di final upper braket diantara kedua-dua pasukan yang dimenangi Rose Ophelia.

Kekalahan itu menyaksikan mereka bangkit dan mara ke Grand Finals dan misi membalas dendam bermula.

Pertembungan kedua pasukan itu sengit di mana kedua-dua pasukan tidak mahu mengalah dan terikat 2-2 hingga mengheret perlawanan penentuan.

Perlawanan penentuan menyaksikan HomeGirls meraih kemenangan dan meraih kejuaraan Woman Professional Championship buat kali pertama.

Mereka membawa pulang wang keseluruhan RM10,000 dan trofi kejuaraan.

Women Professional Championship adalah kejohanan julung kali diadakan dan ini merupakan musim yang pertama.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)