esportsMLBB

Alienware 15 Bawa Laptop Gaming Proper Affordable Pertama Jenama Ini

Oleh Aimirul|
Kongsi

Alienware selama ini memang ada aura laptop gaming premium — powerful, flashy, dan biasanya memang tak murah. Selepas 30 tahun, jenama ini akhirnya masuk kawasan bajet yang lebih “manusia normal” dengan Alienware 15 baharu, notebook gaming 15 inci yang lebih affordable untuk player yang nak badge Alienware tanpa terus lompat ke harga flagship.

Model asas bermula pada $1,299 dengan AMD Ryzen 5 220, 16GB RAM, 512GB M.2 SSD dan NVIDIA GeForce RTX 4050. Ada juga versi Intel dengan Core 5 210H serta RAM, storage dan GPU yang sama bermula pada $1,349. Untuk pembaca Malaysia, itu lebih kurang sekitar RM6,100 hingga RM6,400 sebelum cukai tempatan, shipping atau harga rasmi Malaysia — masih bukan tahap “budget laptop” murah, tapi memang lebih senang didekati berbanding Alienware tax biasa.

Untuk konteks, Engadget menyatakan Alienware 16-inch Area 51 yang lebih high-end berharga sekitar $1,000 lebih mahal, manakala Aurora 16x yang dikemaskini bermula sekitar $2,000. Kalau convert kasar, mesin-mesin itu lebih dekat kepada RM9,400 dan ke atas, bergantung pada harga pasaran. Jadi ya, Alienware 15 masih premium-ish, tapi jelas ia cuba duduk lebih dekat dengan laptop gaming mainstream seperti ASUS TUF, Lenovo LOQ, Acer Nitro dan MSI Katana.

Spesifikasi dia masuk akal, bukan gila-gila

Alienware 15 hadir dengan paparan LCD 15.3 inci pada resolusi 1,920 x 1,200 dalam aspect ratio 16:10 yang lebih tinggi. Ia rated 300 nits dan menyokong 165Hz refresh rate, jenis panel spec yang memang masuk akal untuk title esports seperti Valorant, CS2, Dota 2, League of Legends dan Overwatch 2.

Tak, RTX 4050 bukan akan jadikan laptop ini monster 4K ultra-settings. Tapi untuk gamer SEA yang kebanyakannya main title kompetitif, MMO, game gacha, atau sekali-sekala release AAA pada setting munasabah, ini starting point yang sangat usable. Alienware juga akan tawarkan upgrade GPU sehingga RTX 5060, jadi buyer dengan bajet lebih ada ruang untuk naik spec.

Pilihan port pun surprisingly lengkap. Anda dapat dua port USB-C, dua port USB-A, HDMI 2.1, jack audio 3.5mm dan juga Ethernet terbina dalam. Yang terakhir itu lebih penting daripada apa yang brand selalu fikir — kalau anda grind ranked di rumah, dorm, atau LAN party, internet wired masih king.

Kurang RGB spaceship, lebih daily driver

Salah satu perubahan paling menarik ialah design. Daripada pergi full alien spaceship dengan logo bercahaya merata-rata, Alienware kali ini lebih clean. Kemasan nova black baharu dan badge lid yang lebih simple buat ia kurang attention-seeking, dan itu sebenarnya benda bagus.

Untuk pelajar Malaysia atau young working adults, benda ini penting. Laptop yang boleh handle assignment, Discord, coding, Canva, video call dan sesi ranked malam tanpa menjerit “I GAMING BRO” dalam cafe memang genuinely useful.

Alienware juga kekalkan full numpad, bagus untuk productivity, dan sertakan Stealth key yang mematikan lighting serta mengaktifkan Quiet performance mode. Ini smart kalau anda guna dalam kelas, tempat kerja, atau mana-mana tempat yang anda tak nak bunyi fan dan RGB announce kehadiran anda.

Ada juga detail yang mesra upgrade: unit preview ada satu stick 16GB DDR5 terpasang, dengan slot SO-DIMM kedua yang masih kosong. Ini buat upgrade RAM masa depan lebih senang, memang berita baik bila game dan browser makin kuat makan memory macam gila.

Kelemahan dia

Bukan semuanya perfect. Laptop ini tak ada microSD card reader, yang mungkin menyakitkan hati creator yang selalu pindahkan footage daripada kamera atau handheld device. Webcam dia juga basic, maksimum 720p pada 30fps, jadi streamer dan pengguna video call tegar mungkin masih perlu webcam external.

Paparan 300-nit juga nampak modest atas kertas, walaupun Engadget kata visibility secara umum okay kecuali kalau guna bawah cahaya matahari terus.

Kenapa gamer SEA patut ambil peduli

Harga hardware gaming kebelakangan ini memang sakit, daripada GPU ke handheld sampai console seperti Switch 2. Jadi bila Alienware buat laptop yang kurang mahal, itu sebenarnya big deal. Kalau Dell bawa masuk model ini ke Malaysia dengan harga tempatan dan sokongan warranty yang masuk akal, Alienware 15 boleh jadi pilihan kuat untuk player yang nak jenama gaming dikenali tanpa bayar harga flagship penuh.

Ia bukan murah-murah, bro. Tapi untuk Alienware? Ini mungkin rupa paling approachable jenama ini dalam beberapa tahun.

Source: Engadget

Tag

AlienwareGaming LaptopDellPC GamingMalaysia