esportsMLBB

Laptop 15-Inch Baru Alienware Buat Harga RTX 4050 Nampak Pedih pada 2026

Oleh Aimirul|
Kongsi

Dell telah melancarkan Alienware 15 baharu, sebuah laptop hybrid yang lebih slim untuk orang yang mahu satu mesin untuk kerja, belajar, dan gaming. Atas kertas, bunyinya memang mesra Malaysian gamer. Satu laptop untuk assignment uni, Discord, Valorant, Dota 2, editing, dan sesi Steam tengah malam? Memang useful.

Tapi bab harga tu yang buat benda ni jadi agak sus.

Menurut GamesRadar, Alienware 15 kini muncul di store Dell dengan pilihan RTX 5050 dan RTX 5060, sementara Dell juga sedang menyediakan model RTX 4050. Di pasaran tertentu, akan ada juga versi RTX 3050. Bahagian yang buat orang angkat kening: build RTX 4050 AMD bermula pada US$1,299.99, iaitu lebih kurang sekitar RM6,100 sebelum cukai tempatan, shipping, atau markup retailer.

Untuk gaming laptop 2026 yang menggunakan RTX 4050, itu bukanlah flex “budget-friendly” yang ramai player harapkan.

Model launch Alienware 15 RTX 5050 paling murah disenaraikan pada US$1,509.99, atau lebih kurang RM7,100. Sementara itu, konfigurasi RTX 5060 boleh naik sampai US$2,299.99, yang jatuh sekitar RM10,800. Pada tahap itu, pembeli Malaysia bukan lagi sekadar casual shopping — itu dah masuk duit serious gaming rig.

To be fair, ini masih Alienware. Anda bayar untuk brand, chassis, reka bentuk cooling, dan rasa premium laptop itu sendiri. Alienware 15 hadir dalam versi AMD dan Intel, dengan pilihan GPU meliputi RTX 4050, RTX 5050, dan RTX 5060. Build AMD menggunakan sama ada cip Ryzen 7 260 atau Ryzen 5 220, manakala model Intel menggunakan processor Core 7 240H atau Core 5 210H.

Versi RTX 50-series juga mendapat teknologi cooling Cryotech Alienware, sementara konfigurasi lower-end menggunakan setup yang lebih simple. Model asas hadir dengan 16GB RAM dan 512GB SSD.

Storage itu pun satu lagi isu. 512GB okay kalau anda banyak main Valorant, League, atau indie games. Tapi bila dah install Call of Duty, Cyberpunk 2077, game HoYoverse, beberapa tajuk Steam backlog, dan mungkin software video editing, habis. Anda akan cepat sangat kena manage storage.

GamesRadar juga menyatakan bahawa gaming laptop bajet pesaing, seperti line MSI Katana, boleh menawarkan RTX 5050, 16GB RAM, 512GB SSD, dan display 1080p pada sekitar US$1,100 hingga US$1,200. Itu lebih kurang RM5,200 hingga RM5,600 — masih bukan murah, tapi jauh lebih senang nak justify berbanding bayar sekitar RM7K untuk badge Alienware.

That said, Alienware 15 memang ada beberapa ciri harian yang genuinely nice. Dell memberikan RAM dan storage compartment yang boleh di-upgrade, hinge 180 darjah, charging USB-C sehingga 100W, reka bentuk chassis rounded, resin polycarbonate tahan lasak, dan ketahanan tumpahan cecair sehingga 2oz. Untuk student, creator, dan office worker yang juga gaming, detail praktikal macam ini memang penting.

Soalan sebenar untuk pembeli Malaysia dan SEA simple sahaja: anda beli ini mainly sebagai gaming laptop, atau sebagai laptop kerja premium yang boleh gaming?

Kalau gaming performance per ringgit ialah priority anda, Alienware 15 RTX 4050 pada harga begini terasa susah nak defend pada 2026. Anda mungkin boleh jumpa value lebih baik daripada MSI, Asus, Lenovo, atau Acer bergantung pada promo tempatan. Tapi kalau anda mahu mesin Alienware yang lebih clean dan nipis untuk productivity, travel, dan casual-to-mid gaming, maka Alienware 15 lebih masuk akal — cuma bukan sebagai value king.

Laptop cool? Ya. Smart budget buy? Bro, tak sangat.

Sumber: GamesRadar

Tag

AlienwareGaming LaptopRTX 4050Dell