Apple Sports Berkembang Global Dengan Ciri Penjejakan FIFA World Cup 2026
Apple kini memberi peminat bola sepak cara yang lebih tersusun untuk survive chaos musim FIFA World Cup 2026. Syarikat itu mengumumkan bahawa app Apple Sports, yang mula dilancarkan pada 2024, kini tersedia di lebih 170 negara dan wilayah selepas berkembang ke lebih 90 pasaran tambahan.
Untuk pengguna iPhone di Malaysia dan seluruh SEA, update macam ini memang penting kalau korang menyampah kena korek macam-macam score app random, post media sosial, dan spam group chat semata-mata nak tahu siapa main seterusnya. Musim World Cup memang selalu jadi kelam-kabut kat sini — watch party mamak, prediction league office, match lewat malam, dan member yang satu tu hantar update score sebelum stream korang sempat catch up. Hub live sports yang lebih clean memang boleh jadi berguna.
Fokus besar kali ini ialah FIFA World Cup 2026, yang bermula pada 11 Jun. Apple menambah tools yang membolehkan peminat follow keseluruhan tournament atau pilih national team tertentu. Bila korang follow satu team dalam Apple Sports, app ini boleh paparkan Live Activities pada iPhone Lock Screen atau Apple Watch, jadi korang boleh pantau update match tanpa asyik buka app lain.
Apple juga menyokong widgets merentas iPhone, iPad, dan MacBook Home Screens. Maksudnya peminat boleh track tournament secara real time daripada device yang memang digunakan setiap hari. Untuk pengguna Malaysia yang tengah juggling kerja, kelas, Discord, WhatsApp dan malam match, score serta progress tournament yang duduk terus atas Home Screen memang satu quality-of-life upgrade yang agak praktikal.
Salah satu tambahan yang lebih berguna ialah paparan tournament bracket. Daripada pening cari team mana pergi mana selepas group stage, Apple Sports akan tunjuk layout scrollable yang meliputi matchups dan results round by round. Ini patut memudahkan korang follow perjalanan sesuatu team daripada group stage menuju ke final match mereka.
Apple juga menambah visual formations dalam enhanced game cards. Ini bagi peminat quick look pada starting setup setiap team sebelum kick-off. Untuk peminat casual, ini cara mudah nak faham macam mana satu side sedang line up. Untuk football nerds yang lebih tactical, ini bagi bahan untuk berdebat sebelum match pun mula — memang on brand sangat untuk musim World Cup, honestly.
Ada juga shortcut one-tap ke Apple News untuk editorial coverage dan headlines, serta quick switch ke Apple TV. Semasa World Cup, pengguna Apple Sports boleh tap masuk Apple TV untuk cari live matches yang tersedia melalui connected streaming services. Keyword penting di sini ialah connected streaming services, jadi availability masih bergantung pada platform dan rights yang aktif dalam market korang.
App Apple Sports adalah percuma dan berfungsi pada model iPhone yang menjalankan iOS 17.2 atau lebih baharu. Kalau korang memang plan nak follow World Cup 2026 dengan rapat, berbaloi untuk check sama ada app ini kini sudah tersedia di App Store tempatan korang.
Untuk peminat SEA, ini takkan menggantikan broadcast match sebenar atau energy tengok bola dengan kawan-kawan. Tapi sebagai companion live score, bracket, team-following dan quick-glance, Apple Sports nampak macam bakal jadi second screen yang handy untuk bulan bola sepak paling besar dalam kalendar.
Sumber: GSMArena


