esportsMLBB

Battlefield 6 sahkan roadmap 2026 dengan REDSEC Ranked, peperangan laut, dan map yang lebih besar

Oleh Aimirul|
Kongsi

EA akhirnya dah dedahkan macam mana rupa baki Battlefield 6 untuk tahun 2026, dan headline paling besar memang mudah, game ni akan jadi lagi gila besar lepas ni.

Merentasi tiga kemas kini bermusim, EA kata pemain boleh jangka lebih banyak map, lebih banyak senjata, mode baharu, perubahan quality-of-life, dan fokus besar untuk kedua-dua huru-hara klasik Battlefield serta REDSEC Battle Royale. Untuk pemain Malaysia dan komuniti SEA secara keseluruhan, roadmap macam ni memang penting sebab ia tunjuk EA bukan layan Battlefield 6 macam game launch sekali lepas tu tinggal. Pelan ni jelas dibina untuk pastikan pemain terus grind sampai hujung tahun.

Season 3 bermula pada Mei

Season 3 tiba pada Mei 2026 dan bawa balik dua map yang familiar, sambil tambah satu ciri kompetitif besar untuk pemain battle royale.

Map pertama yang kembali ialah Railway to Golmud, yang EA gelarkan sebagai map Battlefield 6 paling besar setakat ini. Ia dibina dengan ruang terbuka luas, banyak capture point, laluan kenderaan, dan trek kereta api dinamik yang boleh digunakan untuk pengangkutan atau serangan kejutan. Kalau korang suka pengalaman penuh Battlefield, dengan armour, perancangan movement, dan pertempuran objektif berskala besar, map ni memang patut diperhatikan.

Yang kedua pula ialah Cairo Bazaar, versi dikemas kini untuk Grand Bazaar. Yang ni pergi arah bertentangan, fokus pada combat urban padat, lorong sempit, dan pertempuran jarak dekat. EA kata flow map dan susun atur objektif dah diolah semula, jadi ini bukan sekadar drop nostalgia bulat-bulat.

Season 3 juga memperkenalkan Battle Royale Solos dan yang lebih penting, Ranked Play untuk REDSEC Battle Royale. Maksudnya akan ada leaderboard, skill-based matchmaking, dan ranked ladder yang proper dengan ganjaran serta title ikut progression.

Untuk pemain SEA, ini mungkin salah satu update paling besar dalam seluruh roadmap ni. Mode ranked biasanya memang buat golongan tryhard terus lekat lebih lama, dan untuk pemain di Malaysia, Singapura, Filipina, serta Thailand, ia bagi squad dan solo grinder sesuatu yang lebih berbaloi untuk dikejar selain sekadar casual drop.

Season 4 all-in dengan perang laut pada Julai

Kalau Season 3 pasal persaingan ranked, Season 4 pula nampak macam pure spectacle.

Dilancarkan pada Julai 2026, update ni diposisikan sebagai expansion peperangan laut terbesar dalam sejarah Battlefield. EA bawa balik Naval Warfare dengan dua map utama, Tsuru Reef dan Wake Island.

Kedua-dua map akan menampilkan aircraft carrier dengan dek penerbangan yang berfungsi, manakala roster kenderaan pula berkembang dengan fast attack boat, destroyer, dan kapal selam. Idea dia adalah untuk benarkan combat darat, udara, dan laut berlaku dalam match yang sama, daripada dogfight di udara sampailah pertempuran kapal dan serangan amfibia di darat.

Wake Island sememangnya nama lagenda untuk peminat Battlefield lama, jadi kepulangan map tu sahaja pun dah cukup untuk tarik perhatian. Tsuru Reef pula nampak macam map showcase baharu di sini, dibina untuk tonjolkan skala besar yang EA tengah kejar menerusi update ni.

Season 4 juga tambah Custom Lobbies dan Spectator Mode. Ini memang win besar untuk komuniti. Dalam SEA, di mana group kawan, komuniti kampus, dan circle creator lokal memang suka setup private match sendiri, custom lobbies boleh jadi salah satu penambahan paling berguna dalam seluruh roadmap ini secara senyap-senyap.

Season 5 tutup tahun ni

Season 5 dirancang sebagai kemas kini bermusim terakhir untuk 2026, walaupun EA masih belum kunci tarikh tepat lagi.

Apa yang buat ia menonjol ialah janji tiga map baharu dalam satu season, sesuatu yang EA kata pertama kali berlaku dalam Battlefield. Update ni juga akan merangkumi lebih banyak perubahan quality-of-life dan rework map tambahan.

Itu memang cara yang kuat untuk tutup tahun ni, terutamanya kalau kandungan bermusim sebelum ni menjadi seperti yang diharapkan.

Lagi banyak ciri masih dalam perjalanan

Di luar seasonal drop, EA kata beberapa ciri yang lebih fokus pada komuniti akan tiba sebelum penghujung 2026:

  • Server Browser with Persistent Servers
  • Platoons
  • Proximity Chat
  • Battlefield Labs testing untuk map, mode, dan ciri yang akan datang

Server Browser dan Persistent Servers mungkin paling penting untuk golongan hardcore, sebab alat macam ni biasanya bantu komuniti kekal aktif lebih lama. Pada masa sama, Battlefield Labs bagi pemain cara direct untuk test kandungan lebih awal dan hantar feedback sebelum update betul-betul live.

Secara keseluruhan, roadmap EA ni jelas bertaruh pada skala, nostalgia, dan sistem jangka panjang yang lebih kukuh. Map lebih besar, ranked battle royale, peperangan laut, dan tools komuniti, memang pakej yang serius untuk baki tahun ni.

Kalau EA betul-betul dapat lancarkan semua update ni dengan lancar, Battlefield 6 mungkin boleh tamatkan 2026 dalam keadaan yang jauh lebih kuat berbanding masa ia bermula.

Sumber: Dot Esports

Tag

battlefield 6eafpsbattle royaleranked