Kenaikan Harga Nintendo Switch 2 Ini Berita Buruk Untuk Gamer Konsol Di SEA
Peminat Nintendo dapat combo klasik berita baik-berita buruk minggu ini. Dari satu sisi, Nintendo mengejutkan semua orang dengan remake baru Star Fox 64, bagi sedikit nyawa yang memang diperlukan kepada franchise yang sudah lama senyap, sambil membantu lineup Switch 2 nampak kurang kosong untuk baki tahun ini.
Lepas itu datang bahagian yang sakit: Nintendo menaikkan harga Switch 2 sebanyak US$50.
Mula-mula benda ini mungkin nampak macam masalah pasaran US sahaja, tapi gamer Malaysia dan SEA patut ambil perhatian. Kenaikan US$50 lebih kurang boleh jadi sekitar RM230 hingga RM240 sebelum markup tempatan, cukai, bundle, atau harga retailer. Untuk konsol yang memang dari awal sudah tidak murah, itu bukan duit kecil — itu basically satu game baru, diskaun controller, atau beberapa bulan subscription terus lesap.
Kenapa kenaikan harga ini penting
Harga konsol biasanya turun bila hardware makin berusia. Generasi ini pula buat benda terbalik. Menurut The Verge, Microsoft sudah menaikkan harga hardware dan aksesori Xbox pada musim bunga lepas, manakala Sony pula sudah menaikkan harga PS5 beberapa kali sepanjang tahun lalu. Device yang lebih kecil seperti Nex Playground pun sudah jadi lebih mahal.
Nintendo menarik perhatian sebab ia nampak macam satu-satunya pembuat konsol besar yang masih cuba tahan harga. Switch 2 masih belum sampai setahun, dan Nintendo jelas tidak mahu bunuh momentum launch terlalu awal. Sebelum menyentuh harga Switch 2, syarikat itu menaikkan harga di tempat lain — termasuk Switch original, aksesori, dan juga jam Alarmo.
Punca semua ini bukan satu benda sahaja. Laporan itu menyebut tarif dan kekurangan memori global sebagai tekanan kos utama. Nintendo juga sedang menyaman kerajaan US berkenaan tarif yang dikatakan tidak sah, sambil meminta bayaran balik dengan faedah.
Timing memang rough, bro
Kenaikan harga bermula di Jepun pada 25 Mei, manakala US, Kanada, dan Eropah dapat masa sehingga 1 September sebelum harga baru berkuat kuasa. Itu bagi sesetengah pembeli sedikit window untuk grab konsol pada harga semasa.
Tapi September juga sangat dekat dengan musim beli hujung tahun, masa konsol biasanya laku keras sebab promo holiday, shopping hadiah, dan release game besar. Di Malaysia, tempoh itu selalunya overlap dengan kempen ecommerce besar juga — 9.9, 10.10, 11.11, 12.12 — jadi apa-apa tekanan harga global boleh beri kesan kepada betapa menariknya deal tempatan nanti.
Nintendo masih menunjukkan prestasi kuat walaupun keadaan industri games agak messy. Switch 2 dilaporkan sudah terjual hampir 20 juta unit dalam kurang setahun, manakala launch title Mario Kart World bergerak hampir 15 juta copy. Itu memang besar. Tapi kalau Nintendo pun sanggup ambil risiko memperlahankan momentum itu, maksudnya masalah kos ini memang serius.
Konsol makin jadi hardware luxury
Ini kebimbangan lebih besar untuk pemain SEA. Switch 2 pada harga US$500 meletakkan console gaming dalam kategori yang sangat berbeza, terutamanya di pasaran seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina di mana sensitiviti harga memang real.
Untuk ramai pemain di sini, pilihan itu bukan sekadar “Switch atau PS5?” Ia konsol lawan gaming laptop, parts PC terpakai, mobile gaming, handheld gaya Steam Deck, atau terus stick dengan game free-to-play di phone dan PC. Bila hardware jadi lebih mahal, pembeli casual akan keluar dulu. Hardcore fans memang masih akan beli, sure, tapi growth jadi jauh lebih susah.
Sony pun sudah rasa tekanan itu. The Verge menyatakan jualan PS5 jatuh mendadak, dengan Sony hanya menjual 1.5 juta unit PS5 sepanjang tahun fiskal lepas, penurunan sebanyak 46%. PS5 sekarang US$150 lebih mahal berbanding masa launch, menunjukkan sejauh mana trend ini sudah pergi.
Dan wave seterusnya mungkin lagi menakutkan. Microsoft sudah bercakap tentang Xbox seterusnya, dilaporkan menggunakan codename Project Helix, dengan tech yang lebih advanced. Valve juga sedang menyediakan Steam Machines yang terasa macam konsol, tapi harga masih belum diketahui. Dalam climate macam ini, “powerful new hardware” kemungkinan besar tidak bermaksud “murah”.
Nintendo kata harga baru ini mencerminkan keadaan pasaran yang dijangka berterusan untuk jangka masa sederhana hingga panjang. Translation: jangan harap masalah ini hilang cepat.
Untuk gamer Malaysia, takeaway dia simple. Kalau anda memang sudah plan nak beli Switch 2, pantau harga tempatan dengan rapat dalam beberapa bulan akan datang. Kalau harga global terus bergerak naik, console gaming mungkin akan jadi kurang mainstream sebagai hobi living-room, dan lebih kepada pembelian premium untuk fans yang memang sudah fully committed.
Sumber: The Verge Gaming


