esportsMLBB

Tanda Dagangan Palworld Online Beri Hint Langkah Besar Seterusnya Dari Pocketpair

Oleh Aimirul|
Kongsi

Pocketpair mungkin sedang menyediakan sesuatu yang lebih besar untuk Palworld, dan bukan, ini bukan sekadar satu lagi filing merch random.

Satu tanda dagangan baharu untuk Palworld Online telah muncul, memberi peminat sebab baharu untuk berteka-teki tentang arah seterusnya game survival tangkap monster ini. Menurut US Patent and Trademark Office, Pocketpair memfailkan tanda dagangan itu pada April 27, 2026, dan statusnya kini disenaraikan sebagai live. Nama yang sama juga difailkan di South Korea pada April 24, seperti yang dikesan oleh Gematsu.

Atas kertas, filing ini merangkumi benda yang dijangka: recorded computer game programs, recorded game software, dan sewaan video game software. Basically, payung legal yang memang kita jangka kalau Pocketpair sedang melindungi nama berkaitan game.

Tapi ada beberapa bahagian yang buat benda ini lebih menarik daripada sekadar grab nama biasa.

Pertama, filing ini termasuk toy design, yang mungkin merujuk kepada figures, collectibles, atau produk fizikal lain. Itu memang ngam dengan Pocketpair yang sudah menolak brand Palworld melangkaui game asal, termasuk rancangan trading card game yang sebelum ini diumumkan. Untuk satu title yang bermula sebagai “Pokemon with guns” dalam imaginasi ramai, syarikat ini jelas nampak berminat untuk menjadikan Palworld sebagai franchise yang lebih luas.

Ada juga sebutan tentang computer game cartridges. Ini memang terus buat orang fikir tentang release gaya Nintendo Switch, sebab cartridges masih sangat sinonim dengan hardware Nintendo. Sama ada itu membawa maksud praktikal atau tidak, itu soalan lain sepenuhnya, terutamanya dengan saman Nintendo terhadap Pocketpair yang masih berjalan. Palworld sudah pun perlu mengubah beberapa feature akibat tekanan legal itu, jadi release di platform Nintendo memang akan jadi perkembangan yang cukup spicy kalau ia betul-betul berlaku.

Bahagian yang paling buat orang angkat kening pula tersembunyi di bawah seksyen berkaitan AI dalam tanda dagangan itu. Filing tersebut merujuk kepada Artificial Intelligence as a Service yang menampilkan software menggunakan AI untuk membangunkan computer games.

Bunyinya dramatik, tapi jangan panic dulu. Bahasa tanda dagangan boleh jadi luas, dan ini tidak automatik bermaksud Pocketpair menggunakan generative AI untuk mencipta art, character, atau asset untuk Palworld Online. Ia mungkin merujuk kepada sistem AI untuk behaviour NPC, development tools, testing, atau workflow dalaman. Filing ini sahaja tidak mengesahkan secara tepat bagaimana AI akan digunakan.

Namun, ia tetap sesuatu yang patut diperhatikan. AI dalam pembangunan game sedang menjadi topik besar, terutamanya sekitar art, writing, animation, dan job security. PCGamesN menyatakan bahawa satu laporan daripada penganjur Tokyo Game Show, CESA, mendakwa 51% developer Jepun menggunakan teknologi AI untuk melancarkan pembangunan dan mencipta in-game content. Pocketpair berpangkalan di Jepun, jadi tidak mengejutkan kalau tools AI sekurang-kurangnya sudah berada dalam radar syarikat itu.

Untuk pemain Malaysia dan SEA, soalan yang lebih praktikal ialah apa sebenarnya Palworld Online akan jadi. Kalau ia sekadar branding untuk release 1.0 yang sudah lama ditunggu, maka ini mungkin sebahagian daripada persiapan Pocketpair untuk relaunch lebih besar pada 2026. Kalau ia projek berasingan yang lebih fokus online, barulah kita perlu tanya soalan sebenar gamer SEA: adakah server regional yang decent, pricing yang fair, sokongan co-op yang proper, dan content yang tidak rasa macam dibina hanya untuk pemain US atau Jepun?

Nama itu juga memberi vibe MMO, sebab banyak online world menggunakan gaya nama yang sama. Tapi Palworld memang sudah ada struktur survival open-world yang besar, jadi “Online” mungkin sekadar bermaksud identiti multiplayer yang lebih kuat, bukan terus pivot penuh ke MMORPG.

Buat masa ini, tiada apa yang disahkan selain filing tanda dagangan tersebut. Tapi antara Palworld TCG, kemungkinan rancangan toy, wording AI, dan target 1.0 pada 2026, jelas Pocketpair memang belum mahu slow down.

Source: PCGamesN

Tag

PalworldPocketpairGaming NewsAI