Reggie Fils-Aimé Kata Pemberhentian Besar-Besaran Ialah Tanda Amaran Untuk Game Devs
Bekas presiden Nintendo of America, Reggie Fils-Aimé, biasanya sangat berhati-hati dengan komen awamnya. Walaupun selepas meninggalkan Nintendo, dia kebanyakannya kekal kemas, diplomatik, dan memang dalam mode “industry elder”.
Tapi dalam satu perbualan terbaru di NYU bersama profesor Joost Van Dreunen, Reggie memberi amaran yang agak terus kepada game developers: kalau sesebuah syarikat ada sejarah terbaru pemberhentian besar-besaran, anggap itu sebagai red flag yang serius.
Topik itu muncul semasa sesi Q&A dengan penonton, apabila seseorang bertanya sama ada pendekatan Nintendo terhadap pembangunan pekerja berbeza daripada syarikat besar lain dalam gaming. Soalan itu merujuk kepada budaya Nintendo yang membina bakat untuk jangka panjang, berbanding syarikat lain yang memotong staf secara agresif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Reggie mula dengan bercakap tentang tabiat Nintendo membesarkan orang dalam syarikat dari masa ke masa, kemudian menyebut Xbox sebagai satu lagi contoh syarikat yang pernah dia lihat mempunyai mindset yang fokus kepada manusia. Dia kata dia mengenali pasukan Xbox dengan baik kerana mereka berpangkalan dekat dengan Nintendo of America, dan dia menggambarkan bos Xbox, Phil Spencer, sebagai seseorang yang menghargai pembangunan pekerja.
Tapi Reggie juga menegaskan realiti bisnes yang tidak selesa di sebalik pengambilalihan Activision Blizzard King oleh Microsoft. Apabila satu syarikat besar membeli syarikat lain yang mempunyai pasukan publishing yang bertindih, ada kerja yang kemungkinan besar akan hilang. Itu tidak semestinya bermaksud setiap leader yang terlibat itu teruk, katanya, tetapi ia bermaksud leadership perlu bertanggungjawab atas akibatnya.
Poin besarnya mudah: kalau sesebuah syarikat memotong 5%, 10%, atau lebih daripada workforce mereka, leaders patut betul-betul fikir apa yang sudah silap. Pada pandangan Reggie, pengurangan headcount pada skala sebegitu patut datang dengan akauntabiliti, bukan sekadar ayat korporat tentang “restructuring” dan “efficiency.”
Komen itu memang terasa berat sebab Xbox telah melalui beberapa pusingan layoff besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selepas pengambilalihan Activision Blizzard, sekitar 2,000 pekerja Xbox diberhentikan pada Januari 2024. Lebih banyak pemotongan berlaku kemudian pada tahun yang sama, dan Kotaku menyatakan layoff tambahan turut melanda King serta bahagian lain bisnes itu pada 2025. Microsoft juga melakukan layoff besar-besaran seluruh syarikat sebanyak 9,100 kerja pada Julai lalu, dengan Xbox turut terkesan.
Kemudian Reggie memberi nasihat yang mungkin paling akan diingati oleh senior developers: tengok betul-betul rekod layoff mana-mana syarikat sebelum menerima kerja. Kalau syarikat itu pernah melakukan pemberhentian besar-besaran dalam empat, lima, atau enam tahun lepas, katanya itu patut membuatkan anda risau — kerana ia menunjukkan mereka mungkin sanggup melakukannya lagi.
Untuk developers di Malaysia dan Southeast Asia, perkara ini lebih penting daripada yang nampak. Ramai talent SEA bekerja dengan publisher global melalui support studios, outsourcing, QA, art, co-development, esports operations, localisation, dan remote roles. Bila syarikat besar Western memotong pasukan, gelombang kesannya akhirnya boleh sampai juga kepada contractors, partner studios, dan peluang serantau.
Ia juga satu reality check untuk anak muda Malaysia yang bermimpi “working in games” di luar negara atau secara remote. Nama brand besar tidak semestinya bermaksud job security. Publisher terkenal, franchise besar, atau acquisition yang nampak shiny pun masih boleh datang dengan pekerjaan yang tidak stabil kalau budaya syarikat menganggap layoff sebagai tool bisnes biasa.
Untuk berlaku adil, industri sekarang memang tengah messy. Banyak syarikat gaming besar telah memotong kerja dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jadi mengelak semua red flag mungkin mustahil. Nintendo sendiri, yang sering dilihat lebih stabil, pernah dikritik selepas contractors di Nintendo of America kehilangan kerja tetap tahun lepas.
Namun, poin Reggie memang patut diambil serius. Kalau anda seorang developer, artist, esports producer, writer, atau sesiapa dari SEA yang berharap masuk industri game, jangan tanya game apa saja syarikat itu buat. Tanya juga bagaimana mereka melayan orang bila bisnes jadi susah.
Sumber: Kotaku


