esportsMLBB

Subnautica 2 Early Access Sudah Tiba: Co-Op, Planet Baharu, Build Lebih Besar dan PC Specs Serius

Oleh Aimirul|
Kongsi

Subnautica 2 akhirnya muncul selepas bertahun-tahun menunggu, delay, dan drama belakang tabir melibatkan Unknown Worlds dan Krafton. Sequel survival bawah laut ini masuk early access pada 14 Mei untuk Xbox Series X/S dan PC, dengan sokongan Game Pass dari hari pertama.

Untuk pemain Malaysia dan SEA, benda Game Pass itu memang besar. Daripada bayar harga penuh terus hanya untuk tengok sama ada build early access ini berbaloi atau tidak, subscriber Xbox dan PC Game Pass boleh terus cuba dengan lebih mudah. Kalau anda memang sudah bayar bulanan untuk Game Pass, ini salah satu game survival jenis 'try first, decide later' yang buat subscription itu rasa berguna.

Planet baharu, jenis mimpi ngeri laut yang baharu

Subnautica 2 bergerak keluar daripada perairan familiar game sebelum ini dan letakkan pemain di planet baharu yang nampaknya dipanggil Zezura. Unknown Worlds menggambarkannya sebagai dunia sejuk yang dipenuhi salt flats tinggi dan tanah alkaline, tapi bahagian menariknya ada di bawah: tasik crevasse dalam yang bersambung melalui aqueduct bawah tanah.

Basically, jangan expect satu lagi map open ocean biasa. Sequel ini nampak macam dibina sekitar ruang vertical yang lebih pelik, sistem air tersembunyi, dan laluan exploration yang turun jauh ke bawah permukaan. Ada juga pokok gergasi ditunjukkan dalam cinematic trailer, dengan akar merentasi air. AI guide anda, Noah, beri amaran supaya jangan berenang ke arahnya — yang sudah tentu buat semua orang lagi nak berenang ke sana serta-merta.

Early access hanya akan termasuk sebahagian daripada story, jadi jangan expect semua misteri terjawab lagi. Tapi setup dia memang sudah rasa cukup eerie.

Co-op optional, bukan dipaksa

Salah satu perubahan terbesar ialah four-player co-op. Anda boleh explore dengan kawan, build bersama, dan mungkin menjerit bersama bila makhluk laut gergasi tiba-tiba muncul entah dari mana. Tapi Unknown Worlds meletakkan co-op sebagai cara bermain optional, bukan perubahan identiti total.

Itu penting sebab magic Subnautica selama ini ialah tension sunyi bila anda rasa kecil, tak cukup prepared, dan sangat jauh daripada tempat selamat. Pemain solo masih boleh main macam game lama. Co-op ada kalau squad Discord anda nak tukar panic bawah laut jadi chaos berkumpulan.

Game ini juga memperkenalkan empat character pre-designed pada permulaan, dengan lebih banyak akan datang nanti. Pilihan customisation pun sedang dirancang, yang memang upgrade proper berbanding protagonist fixed dalam entry sebelum ini.

Base dan vehicle dapat glow-up proper

Base-building telah dibina semula untuk sequel ini. Daripada terikat pada bentuk yang lebih rigid, sistem baharu ini direka supaya lebih flexible dan sculptural. Pilihan tambahan seperti base painting, coloured lighting, dan light controls juga dirancang, walaupun early access semestinya akan keluarkan benda ini secara berperingkat.

Vehicle baharu Tadpole pun kedengaran macam tambahan yang fun. Sekali pandang ia nampak macam Seamoth, tapi lebih kecil dan lebih customisable, dengan beberapa jenis chassis. Kawan-kawan juga boleh berpaut padanya, memang sangat on-brand untuk mana-mana group co-op di mana seorang sahaja buat semua crafting dan yang lain cuma tumpang transport.

Makhluk lebih besar, install lebih besar, demand PC lebih besar

Leviathans kembali, dan Subnautica 2 dilancarkan dengan beberapa yang baharu. Collector Leviathan boleh menangkap dan menghancurkan pemain dengan tentacle-nya, manakala satu lagi makhluk besar yang ditunjukkan dalam trailer nampak macam giant clam yang boleh perangkap anda dalam mulutnya. Lovely stuff.

Sequel ini juga berpindah daripada Unity ke Unreal Engine 5, menggunakan tech seperti Nanite untuk environment, lighting, shadow, dan detail creature yang lebih kaya. Trade-off dia? Hardware.

Saiz install sekitar 50GB. Untuk 1080p/30fps pada Low, anda perlukan sekurang-kurangnya Intel Core i5-8400 atau Ryzen 5 2600, 12GB RAM, dan GTX 1660 6GB atau RX 5500 XT 6GB. Recommended 1440p/60fps Medium naik kepada i7-13700 atau Ryzen 7 7700X, 16GB RAM, dan RTX 3070 atau RX 6700 XT.

Kalau anda mahu setting High pada 1440p/60fps, target GPU jadi RTX 4070 atau RX 6900 XT dengan 32GB RAM. Untuk 4K/60fps High, Unknown Worlds senaraikan i9-14900K atau Ryzen 9 7900X3D, 32GB RAM, dan RTX 5070 Ti atau RX 7900 XTX.

Jadi ya, gamer PC Malaysia yang masih guna rig lama gaya cybercafe mungkin kena jaga expectation. Game Pass membantu dari segi access, tapi Unreal Engine 5 memang tak peduli wallet anda.

Unknown Worlds kata versi early access ini sudah ada lebih banyak biome, creature, Leviathan, craftable, dan vehicle berbanding Subnautica dan Below Zero semasa launch early access masing-masing. Studio itu asalnya mensasarkan sekitar 12 jam content, tapi internal playthrough sekarang selalunya melebihi 20 jam, dengan sesetengahnya sampai 70 jam.

Plan mereka ialah sekurang-kurangnya dua tahun dalam early access, tanpa battle pass, season pass, atau model subscription. Buy in sekali, dan update termasuk sekali.

Sumber: GamingBolt

Tag

Subnautica 2Xbox Game PassPC GamingSurvival Games